Wednesday, January 28, 2009

Air Zamzam untuk Kesihatan & Keberkatan




Air Zamzam adalah air yang paling agung yang diciptakan oleh Allah swt untuk manusia. Antara kelebihan air Zamzam bagaimana air yang berada di perigi yang kecil boleh menampung kegunaan jutaan manusia yang datang ke tanah suci Mekah dan boleh pula membawa pulang air tersebut ke negara masing-masing.
Inilah satu keajaiban dan kekuasaan Allah swt. Betapa hebatnya kuasa Allah swt. Air Zamzam mempunyai keberkatan, kelebihan dan keistimewaan yang banyak serta tersendiri yang tidak terdapat pada air-air yang lain. Antara hadis yang menyebut akan kelebihannya ialah:

1. Air Zamzam adalah air yang terbaik di muka bumi dan boleh menyembuh segala penyakit. Sabda Nabi saw:
خير الماء على وجه الأرض ماء زمزم , وفيه طعام من الطعام وشفاء من السقم.( رواه الفاكهي والطبراني.)

Maksudnya : Sebaik-baik air yang ada di muka bumi ialah air zamzam. Terdapat di dalamnya zat makanan ( yang meminumnya akan merasa kenyang seperti memakan makanan) dan penyembuh daripada penyakit.

2. Air Zamzam diberkati dan mengenyangkan

Abu Zar (Jundun bin Junaidah) al-Ghifari telah menceritakan mengenai kedatangannya ke Mekah sehingga bertemu dengan Rasulullah saw dan memeluk Islam. Menurut beliau setelah bertemu dengan Rasulullah saw baginda bertanya kepadanya : Sejak bila kamu berada di sini? Jawabnya Semenjak 30 hari yang lalu. Rasulullah saw bertanya lagi “ Siapa yang memberi kamu makanan”. Jawab Abu Zar : Saya tidak mempunyai makanan dan saya hanya meminum air Zamzam sahaja.Tetapi saya merasa semakin gemuk dan tidak pernah lapar. Sabda Rasulullah saw : sesungguhnya Zamzam merupakan yang diberkati. Sesungguhnya ia mengandungi zat makanan ( orang yang meminumnya akan merasa kenyang seperti memakan makanan.)

3.Air Zamzam menyempurnakan hajat

Sabda Nabi saw :
ماء زمزم لما شرب له( رواه ابن ماجة و أحمد)
Maksudnya: Air Zamzam itu untuk sebarang tujuan (niat) orang yang meminumnya.
4. Sunat berbuka puasa dengan air Zamzam kerana ianya mempunyai banyak kebaikan dan keberkatan.(Fadail Maul Zamzam m/s 132)

5. Air Zamzam boleh menambah kebijaksanaan dan kecerdikan peminum berdasarkan hadis di atas.

6. Keharusan berwuduk dan mandi dengan air Zamzam kerana Rasulullah saw berwuduk dan minum dengannya (riwayat Ahmad)

7. Air Zamzam boleh menyembuhkan segala penyakit seperti demam panas, selsema, sakit mata, kencing manis, darah tinggi dan semua jenis penyakit bagi yang meminumnya.

ADAB MEMINUMNYA

Para Ulama menggariskan beberapa adab yang patut diikuti ketika minum air Zamzam di antara adabnya:
1. Mengadap kiblat
2. Boleh berdiri atau duduk kerana ada hadis menyuruh untuk kedua cara tersebut.
3. Berniat sebelum meminumnya dengan niat apa yang kita mahu kerana Allah swt memperkenankan niat bagi peminumnya.
4. Minum dengan tiga nafas iaitu dengan tiga teguk.
5. Membaca “Bismillah setiap kali meminumnya.
6. Memuji Allah dengan menyebut“Alhamdulillah” pada setiap nafas.
7. Minum dengan tangan kanan.
8. Berdoa setelah selesai minum. Bacalah dengan doa :

اللّهُمَّ إِنَّ نَسْأَلُكَ عِلْماً ناَفِعاً وَرِزْقاً وَسِِعاً وَشِفاَءً مِنْ كُلِّ داَءٍ.
(Allahumma inna nas’aluka ‘ilman naafi’an wa rizqan wasi’an wa shifa’an min kulli daa’.)

Maksudnya:Ya Allah ya Tuhanku! Aku bermohon kepadaMu supaya dikurniakan ilmu yang memberi manfaat, rezeki yang luas dan kesembuhan daripada segala penyakit. (Diriwayatkan oleh ad-Dara Qutni dan lbnu Majah).

Monday, January 19, 2009

Tuesday, January 13, 2009

CARA MUDAH UNTUK ANDA SIHAT DAN DIBERKATI


MOLIKUL AIR ZAMZAM

CARA MUDAH UNTUK ANDA SIHAT DAN DIBERKATI

Sahabat yang dihormati,

"Saya mengucapkan ribuan terima kasih kerana berminat mendapatkan maklumat lanjut daripada saya." Rata-rata ramai manusia kini mencari ubat bila sakit dan penawar yang terbaik. Ada diantara mereka yang berjaya untuk sihat dan ada yang terkapai-kapai tanpa tanda-tanda sihat. Tuhan maha kaya dan kekayaan Tuhan tidak dapat untuk dibayangkan. Tuhan menyediakan kekayaan di langit dan di bumi Apakah perasaan anda jika saya nyatakan di sini Masyarakat Islam sering kali diberitahu dengan bagaimana, macam mana dan dengan siapa untuk mendapatkan air zamzam.

Apakah kelebihan air Zamzam?

1. Air Zamzam adalah air yang terbaik di muka bumi dan boleh menyembuh segala penyakit. (Hadis)
2. Air Zamzam diberkati dan mengenyangkan(Hadis)
3. Air Zamzam menyempurnakan hajat (Hadis)
4. Sunat berbuka puasa dengan air Zamzam. (Hadis)
5. Air Zamzam boleh menambah kebijaksanaan dan kecerdikan(Hadis)
6. Keharusan berwuduk dan mandi(Hadis)
7. Air Zamzam boleh menyembuhkan segala penyakit.(Hadis)
8. Satu-satunya air yang paling bersih dan tidak dicemari.
9. Sunat memberi minum bayi baru lahir dengan air zamzam (hadis)

Kenapa kita perlu minum air zamzam?

Kerana kelebihan pada air zamzam. Jaminan Allah dan Rasul tentangnya. Untuk kesihatan dan keberkatan. Jika anda sekarang sakit atau sihat dan anda pengamal ubat daripada doktor kenapa perlu ragu untuk bertukar kepada air zamzam.Dulu sukar kini mudah dan tiada alasan untuk susah mendapatkannya.

Adakah air zamzam hilang keberkatan bila dijual beli?

Tiada dalil dan pendapat ulama tentang apa sahaja yang baik dijual beli hilang keberkatan. Paling penting guna cara dan adab minum yang betul mengikut sunnah.

Betulkah air zamzam ini original 100%?
Anda tidak perlu bimbang tentang ini, kerana air zamzam yang kami bawa adalah original 100%. Tong atau jalun yang kami pakai adalah asli dari sana, malah ada tulisan arab. Kami sudah dua tahun beroperasi dan berpengalaman. Jika anda takut ditipu saya cadangkan beli yang botol dan cuba minum atau minta rakan anda yang pernah minum air zamzam.

Adakah orang bukan Islam boleh minum air zamzam?

Ya, boleh. Tiada halangan untuk sesiapa minum air zamzam. Jika lihat sirah nabi saw air zamzam kembali keluar ketika kelahiran Nabi saw. Rata-rata warga mekah ketika itu bukan Islam dan mereka minum air zamzam dan juga selepas nabi saw diutus menjadi Rasul dan hijrah ke Madinah.Mereka yang tidak mahu dan memuntahkan air zamzam selepas meminumnya adalah orang munafik.(hadis)
Adakah boleh air zamzam dijual?

Secara hakikatnya semua sumber alam anugrah Allah swt adalah percuma seperti oksigen, air, gas, minyak dan sebagainya termasuklah air zamzam. Tapi manusia diarah untuk membongkar dan mengeluarnya dari perut bumi untuk diproses dan dibungkus, dieksport dan dijual kepada orang ramai. Semua proses tersebut memerlukan pelaburan. Jadi sudah tentu ia akan dijual untuk membayai pelaburannya dan mendapatkan keuntungan. Begitulah air zamzam dikeluarkan dari perut bumi Makkah dan dibawa ke Malaysia. Semuanya memerlukan pelaburan.

Kenapa air zamzam dijual mahal?

Sebenarnya air zamzam yang dijual oleh kami lebih ekonomi berbanding pelaburan sebenar jika anda bawa terus dari Mekah atau semenanjung Malaysia. Harga 1kg RM25 ke Sarawak dari Arab Saudi. Berat air zamzam 10 liter = 10kg. Jika anda beli di sana 10 liter X RM25 1kg = RM250. Harga kami jauh lebih EKONOMI!!!. Kami dapat murah sebab kami beli borong dan berkongsi dengan anda. Kami juga seperti anda mahu membuat amal jariah semampunya.

Siapa kami?
Kami ialah syarikat S.Y Kaizen Trading. Penulis nota di atas ialah Ustaz Haji Yahya Bakeri. Penasihat khas untuk syarikat kami. Beliau adalah lulusan Universiti Islam Madinah Arab Saudi. Kami sudah beroperasi dua tahun dan sudah tiga kali membuat pameran dan jualan semasa Kursus Haji Perdana di Hikmah Kuching.

AIR ZAMZAM


Kajian sainstifik membuktikan bahawa air Zamzam amat unik pada ciri semulajadinya.Air Zamzam juga mengandungi elemen-elemen yang bermanfaat lebih 2000mg perliter.Tidak seperti air telaga yang lain hanya ada tidak lebih 260mg perliter.Kandungan air Zamzam positif ialah Sodium 250mg, Kalsium 200mg, Potassium 20mg, magnesium 50mg dan negetif Sulfur 272mg, bikarbonat 366mg, Nitrat 273mg, Fosfat 0.25mg, Ammonia 6mg dan semuanya dalam jumlah satu liter.Kandungan tersebut membantu mencegah dan menyembuh penyakit yang dihidapi oleh manusia.
Inilah satu keajaiban dan kekuasaan Allah swt.Air Zamzam mempunyai keberkatan, kelebihan dan keistimewaan tersendiri. Antara hadis sohih yang menyebut kelebihannya:

1. Air Zamzam adalah air yang terbaik di muka bumi dan boleh menyembuh segala penyakit. Sabda Nabi saw:

خير الماء على وجه الأرض ماء زمزم , وفيه طعام من الطعام وشفاء من السقم
( رواه الفاكهي والطبراني.)

Maksudnya : Sebaik-baik air yang ada di muka bumi ialah air zamzam. Terdapat di dalamnya zat makanan ( yang meminumnya akan merasa kenyang seperti memakan makanan) dan penyembuh dari penyakit.

2. Air Zamzam diberkati dan mengenyangkan

Abu Zar (Jundun bin Junaidah) al-Ghifari telah menceritakan mengenai kedatangannya ke Mekah sehingga bertemu dengan Rasulullah saw dan memeluk Islam. Menurut beliau setelah bertemu dengan Rasulullah saw baginda bertanya kepadanya : Sejak bila kamu berada di sini? Jawabnya Semenjak 30 hari yang lalu. Rasulullah saw bertanya lagi “ Siapa yang memberi kamu makanan”. Jawab Abu Zar : Saya tidak mempunyai makanan dan saya hanya meminum air Zamzam sahaja.Tetapi saya merasa semakin gemuk dan tidak pernah lapar. Sabda Rasulullah saw : Sesungguhnya air Zamzam merupakan yang diberkati. Sesungguhnya ia mengandungi zat makanan ( orang yang meminumnya akan merasa kenyang seperti memakan makanan.)

3. Air Zamzam menyempurnakan hajat

Sabda Nabi saw :Air Zamzam itu untuk sebarang tujuan (niat) orang yang meminumnya.

4. Sunat berbuka puasa dengan air Zamzam kerana ianya mempunyai banyak kebaikkan dan keberkatan.(Fadail Maul Zamzam m/s 132)

5. Air Zamzam boleh menambah kebijaksanaan dan kecerdikan peminum berdasarkan hadis di atas.

6. Keharusan berwuduk dan mandi dengan air Zamzam kerana Rasulullah saw berwuduk dan minum dengannya. (riwayat Ahmad)

7. Air Zamzam boleh menyembuhkan segala penyakit seperti demam panas, selsema, sakit mata, kencing manis, sakit buah pinggang, darah tinggi dan semua jenis penyakit bagi yang meminumnya.(Rujuk Hadis riwayat Ahmad dan Ibnu Majah)

ADAB MEMINUMNYA

Para Ulama menggariskan beberapa adab yang patut diikuti ketika minum air Zamzam di antara adabnya:
1. Mengadap kiblat.
2. Boleh berdiri atau duduk kerana ada hadis menyuruh untuk kedua cara tersebut.
3. Berniat sebelum meminumnya dengan niat apa yang kita mahu kerana Allah swt memperkenankan niat bagi peminumnya.
4. Minum dengan tiga nafas iaitu dengan tiga teguk.
5. Membaca “Bismillah setiap kali meminumnya.
6. Memuji Allah dengan menyebut “Alhamdulillah” pada setiap nafas.
7. Minum dengan tangan kanan.
8. Berdoa setelah selesai minum. Bacalah dengan doa :

اللّهُمَّ إِنِّيْ نَسْأَلُكَ عِلْماً ناَفِعاً وَرِزْقاً وَسِِعاً وَشِفاَءً مِنْ كُلِّ داَءٍ.
(Allahumma inni as aluka il’man nafiaan warizqan wasi’an wa syifaan min kulli daa’in)
Maksudnya:

Ya Allah ya Tuhanku! aku bermohon kepadaMu supaya dikurniakan ilmu yang memberi manfaat, rezeki yang luas dan kesembuhan dari segala penyakit. (Diriwayatkan oleh ad-Dara Qutni dan lbnu Majah).
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...