Tuesday, January 13, 2009

AIR ZAMZAM


Kajian sainstifik membuktikan bahawa air Zamzam amat unik pada ciri semulajadinya.Air Zamzam juga mengandungi elemen-elemen yang bermanfaat lebih 2000mg perliter.Tidak seperti air telaga yang lain hanya ada tidak lebih 260mg perliter.Kandungan air Zamzam positif ialah Sodium 250mg, Kalsium 200mg, Potassium 20mg, magnesium 50mg dan negetif Sulfur 272mg, bikarbonat 366mg, Nitrat 273mg, Fosfat 0.25mg, Ammonia 6mg dan semuanya dalam jumlah satu liter.Kandungan tersebut membantu mencegah dan menyembuh penyakit yang dihidapi oleh manusia.
Inilah satu keajaiban dan kekuasaan Allah swt.Air Zamzam mempunyai keberkatan, kelebihan dan keistimewaan tersendiri. Antara hadis sohih yang menyebut kelebihannya:

1. Air Zamzam adalah air yang terbaik di muka bumi dan boleh menyembuh segala penyakit. Sabda Nabi saw:

خير الماء على وجه الأرض ماء زمزم , وفيه طعام من الطعام وشفاء من السقم
( رواه الفاكهي والطبراني.)

Maksudnya : Sebaik-baik air yang ada di muka bumi ialah air zamzam. Terdapat di dalamnya zat makanan ( yang meminumnya akan merasa kenyang seperti memakan makanan) dan penyembuh dari penyakit.

2. Air Zamzam diberkati dan mengenyangkan

Abu Zar (Jundun bin Junaidah) al-Ghifari telah menceritakan mengenai kedatangannya ke Mekah sehingga bertemu dengan Rasulullah saw dan memeluk Islam. Menurut beliau setelah bertemu dengan Rasulullah saw baginda bertanya kepadanya : Sejak bila kamu berada di sini? Jawabnya Semenjak 30 hari yang lalu. Rasulullah saw bertanya lagi “ Siapa yang memberi kamu makanan”. Jawab Abu Zar : Saya tidak mempunyai makanan dan saya hanya meminum air Zamzam sahaja.Tetapi saya merasa semakin gemuk dan tidak pernah lapar. Sabda Rasulullah saw : Sesungguhnya air Zamzam merupakan yang diberkati. Sesungguhnya ia mengandungi zat makanan ( orang yang meminumnya akan merasa kenyang seperti memakan makanan.)

3. Air Zamzam menyempurnakan hajat

Sabda Nabi saw :Air Zamzam itu untuk sebarang tujuan (niat) orang yang meminumnya.

4. Sunat berbuka puasa dengan air Zamzam kerana ianya mempunyai banyak kebaikkan dan keberkatan.(Fadail Maul Zamzam m/s 132)

5. Air Zamzam boleh menambah kebijaksanaan dan kecerdikan peminum berdasarkan hadis di atas.

6. Keharusan berwuduk dan mandi dengan air Zamzam kerana Rasulullah saw berwuduk dan minum dengannya. (riwayat Ahmad)

7. Air Zamzam boleh menyembuhkan segala penyakit seperti demam panas, selsema, sakit mata, kencing manis, sakit buah pinggang, darah tinggi dan semua jenis penyakit bagi yang meminumnya.(Rujuk Hadis riwayat Ahmad dan Ibnu Majah)

ADAB MEMINUMNYA

Para Ulama menggariskan beberapa adab yang patut diikuti ketika minum air Zamzam di antara adabnya:
1. Mengadap kiblat.
2. Boleh berdiri atau duduk kerana ada hadis menyuruh untuk kedua cara tersebut.
3. Berniat sebelum meminumnya dengan niat apa yang kita mahu kerana Allah swt memperkenankan niat bagi peminumnya.
4. Minum dengan tiga nafas iaitu dengan tiga teguk.
5. Membaca “Bismillah setiap kali meminumnya.
6. Memuji Allah dengan menyebut “Alhamdulillah” pada setiap nafas.
7. Minum dengan tangan kanan.
8. Berdoa setelah selesai minum. Bacalah dengan doa :

اللّهُمَّ إِنِّيْ نَسْأَلُكَ عِلْماً ناَفِعاً وَرِزْقاً وَسِِعاً وَشِفاَءً مِنْ كُلِّ داَءٍ.
(Allahumma inni as aluka il’man nafiaan warizqan wasi’an wa syifaan min kulli daa’in)
Maksudnya:

Ya Allah ya Tuhanku! aku bermohon kepadaMu supaya dikurniakan ilmu yang memberi manfaat, rezeki yang luas dan kesembuhan dari segala penyakit. (Diriwayatkan oleh ad-Dara Qutni dan lbnu Majah).

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...