Saturday, July 25, 2009

AIR NILAI ANUGRAH BERNILAI

AIR ADALAH…
NIKMAT ALLAH YANG UNIK CIPTAANNYA,

HADIR BERSAMA 2 HIDROGEN DAN SATU OKSIGEN...
MEMBAWA SATU MISI
MENYEMPURNAKAN URUSAN MAKHLUK DI BUMI..


FAKTA MENARIK MENGENAI AIR..

1. Setiap hari tubuh mengeluarkan dua hingga tiga liter air iaitu 1.4 L melalui buah pinggang, 0.8 L melalui kulit, 0.8 L melalui paru-paru dan sejumlah kecil melalui usus. Kehilangan ini digantikan dengan pengambilan air dalam minuman dan makanan.

2. Satu amalan yang dapat meyihatkan badan ialah meminum air sebaik sahaja bangun dari tidur iaitu sebelum menggosok gigi. Ini diikuti dengan mencalit sedikit garam dilidah pada waktu pagi. Amalan ini telah terbukti dalam menyembuhkan pelbagai jenis penyakit.

3. Bahan-bahan kimia di dalam air boleh berhubung membentuk kombinasi yang berbahaya, sebahagiannya mempunyai kesan toksik yang terkumpul.

4. Air tercemar mengandungi bahan-bahan kimia inorganic,bahan organic yang terhasil daripada proses degenerasi, atau parasit atau kuman penyebab penyakit.Walaupun air mungkin tidak berubah warnanya walaupun mengandungi sejumlah besar kuman patagoik. Ia memerlkan kaedah husus untuk mengesannya.

5. Air yang dibacakan ayat-ayat Al-Quran atau perkataan yang baik-baik mengandungi molekul yang lebih tersusun berbanding molekul air yang dibacakan padanya perkataan yang tidak baik atau muzik-muzik yang terlalu rancak



AIR ZAM-ZAM MENYEMBUHKAN PENYAKIT..

Pengalaman ini berlaku kepada seorang wanita Maghribi bernama Laili Helu. Peristiwa ini
telah membuka mata dan hati para doktor agar mengakui kebenaran hadis dan keberkatan air Zam-Zam.
Puan Laili Helu telah megalami penyakit yang serius.Ramai doKtor pakar yang ditemuinya namun mereka gagal mengubati malah untuk mengurangkan penderitaan pun mereka tidak mampu. Puan Helu tidak berutus asa dan beliau telah pergi ke Paris setelah mendapat tahu akan kesediaan beberapa orang dockor pakar yang terkenal di sana untuk mengubatinya. Dengan hibanya beliau diberitahu oleh doctor bahawa penyakit kanser yang dihadapinya telah merebak ke seluruh dada dan beliau tidak akan hidup lama. Para doctor menjangkakan beliau hanya dapat bertahan 3 bulan sahaja dan tiada ubat yang dapat menyembuhkan penyakit kansernya.
Akhirnya beliau berputus asa dan menyerahkan nasibnya kepada Allah S.W.T. Masa-masa yang tinggal dihabiskan dengan termenung dan bersedih. Beliau sedang menunggu saat kematiannya. Dalam pada itu, suaminya telah memberi cadangan pergi ke Makkah bagi menunaikan umrah disaat waktu yang kian menyempit antara mereka. Puan Helu bercadang untuk beri’iktikaf di Baitullah dan menghabiskan masanya dengan meminum air Zam-Zam. Dia juga bertekad untuk menghabiskan masanya dengan bersembahyang, membaca Al-Quran dan berdoa. Setibanya di sana Puan Helu telah melakukan ibadat selama 4 hari 4 malam sehingga tidak mengetahui bilakah siang dan bilakah malam. Beliau menangis sehingga air mata panas mengalir dipipinya. Hari demi hari beliau membayangkan saat-saat beliau akan menghembuskan nafasnya yang terakhir bersama suami tercinta tanpa ditemani anak-anak
disisi. Selang beberapa hari bintik-bintik merah muncul pada badannya. Hari demi hari juga mucul tetamu yang tidak diundang. Pada saat itu beliau berfikir untuk pulang ke Paris dan berbincang dengan para pakar perubatan di sana. Sebelum sampai ke Paris beliau merasakan perubahan pada dirinya. Beliau sudah bertenaga kembali dan perasannya semakin tenang. Beliau juga mampu melakukan pekerjaan yang telah lama ditinggalkan. Namun begitu beliau tidak pernah jemu untuk meminum air Zam-Zam sebanyak yang mungkin.Setelah merasakan perubahan pada dirinya semakin pulih,beliau bersama suami pergi ke Paris untuk menentukan keadaan dirinya. Setibanya di sana para doctor kelihatan sugul menyambut kadatanganya. Mereka menyangka beliau inginkan kematian dihadapan mata mereka. Puan Laili Helu
mendesak agar doctor memeriksa dirinya. Berlakulah satu keajaiban. Setelah doctor pakar
memeriksanya berulang kali, mereka hampir tidak mempercayai akan keputusan yang diperolehi. Para doctor tidak mempercayai kanser yang dihadapi oleh Puan Laili Helu telah hilang sama sekali. Tiada langsung kesan sehingga boleh membuatkan ia datang kembali. Dalam keadaan yang terkejut, para doctor menggelengkan kepala tanda takjub dengan keajaiban yang berlaku. Puan Laili Helu meninggalkan para doktor di dalam keadaan mereka yang masih tertanya-tanya. Demikianlah kisah Puan Laili Helu yang menakjubkan serta melambangkan keEsaan dan Kekusaan Allah S.W.T. Sememangnya telahpun terbukti bahawa di dalam satu kajian, susunan molekul air Zam-zam adalah tidak sama dan lebih baik berbanding dengan molekul dalam air biasa.





AIR...
ITU SATU ANUGERAH..
YANG HADIR BERSAMA SATU KEKUASAAN YANG HARUS DIRENUNGI..
DIA YANG MENCIPTAKAN SEGALA-GALANYA…
MOGA MANUSIA TAHU MENGHARGAI NILAI SATU NIKMAT ITU!!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...