Sunday, November 13, 2011

Hukum Jual Beli Air Zamzam

Hukum JualBeli Air


Hukum berjualbeli air zam zam adalah harus. Tiada nas-nas atau dalil-dalil yang khusus mengharamkannya. Penghantaran dari Mekah,Saudi Arabia, pembotolan semula, pengangkutan dan kos-kos yang lain adalah antara kos-kos yang perlu dibayar untuk memudahkan umat Islam di Malaysia menikmati air zam zam tanpa perlu pergi ke mekah, Saudi Arabia.

antara yang telah memfatwakan keharusan berjualbeli air zam zam adalah Mufti Negara Brunei Darussalam.  


Fatwa Jabatan Mufti Negara Brunei 1994:


Adalah harus memindahkan Air Zamzam dari Makkah atau tanah haram kepada tanah halal atau keluar dari Makkah. Air Zamzam ini banyak mempunyai kelebihan sebgaimana yang diterangkan dalam hadis-hadis, kerana itu orang-orang Islam mengambil manfaat daripada kelebihan Air Zamzam itu.

Setakat ini kita belum jumpa keterangan khusus mngenai hukum jual beli Air Zamzam itu. Bagaimanapun berdasarkan kaedah :

اَلأَصْلُ فِى الأَشْيَاءِ الِإبَاحَةُ , حَتَّى يَدُلُّ الدَّلِيلُ عَلَى التَّحْرِيمِ

Ertinya : “ Asal suatu perkara itu adalah harus, sehingga ada dalil syara’ yang mengharamkannya.”

Maka berdasarkan kaedah ini, harus Air Zamzam itu diperdagangkan atau dijual dan dibeli.
Wallahua'lam.

Monday, October 17, 2011

Air zamzam, air terbaik di dunia

Air zamzam, air terbaik di dunia

KAHERAH: Tidak kiralah sehaus mana pun kita, sekiranya dapat secawan air zamzam, ia pasti dapat menghilangkan dahaga dan memberi tenaga.

Setelah melakukan banyak kajian mengenai sifat kimia dan fizikal dalam air zamzam, Dr Hamdi Saif dari Universiti Iskandariah membuat kesimpulan, air zamzam adalah air yang terbaik di dunia.

Dia menemui yang air itu mempunyai keseimbangan sempurna dalam elektrolit dan mineral surih yang penting untuk kesihatan tubuh badan.

Di samping itu, air itu adalah semula jadi, bersih dan tulen, dan bebas daripada semua mikroorganisme patogenik.

Kata Dr Hamdi, “Air zamzam sangat bagus digunakan untuk membantu mengubat penyakit buah pinggang, jantung dan pelbagai penyakit kronik yang lain.”

Air zamzam telah dianalisis di makmal di dunia Arab dan Eropah dan dibandingkan dengan air botol biasa daripada negara lain.

Mendedahkan hasil analisis itu, Dr Hamdi berkata, “Tidak seperti air lain, air zamzam mengandungi jumlah kalsium, magnesium dan florida yang cukup. Ia adalah sifat unik yang dapat menyegarkan jemaah yang kepenatan.”

“Kami dapati air zamzam selamat diminum dan tiada tarikh luput. Air ini 100 peratus tulen, tidak mengandungi klorin atau bahan kimia lain,” katanya -SG

Sunday, July 10, 2011

Nikmatilah Air Zamzam Sepuas-puasnya Selagi Ada

Assalamualaikum wbt...

Kesyukuran kepada Allah dan salawat dan salam kepada Rasulullah saw... Air zamzam adalah anugrah yang tidak ternilai kepada umat islam dan manusia sejagat. Salah satu dari mata air dari syurga. yang kita boleh nikmati di alam ini. Mungkin ada kalangan kita tidak perasan bahawa air zamzam antara keajaibban yang luar biasa dan kita dapat rasai dan lihat dengan mata kita. Antara keajaiban air zamzam

1. Perigi yang kecil tapi manusia seluruh dunia boleh menikmatinya serta boleh dibawa pulang
2. Sudah beribu tahun airnya tidak pernah kering
3. Tidak bercampur dengan air lain sekalipun banjir pernah berlaku di Masjidil Haram
4. Rasa yang menyegarkan dan mengenyangkan kepada peminumnya

Hakikatnya sangat rugi bagi orang Islam yang tidak mahu menikmati air zamzam. Sedangkan ramai kalangan mereka yang mampu. Air zamzam kami dari SY Kaizen Trading sudah lebih 7 tahun terlibat dengan air zamzam. Sepanjang penglibatan kami dengan air zamzam ini. Kami tidak pernah kehabisan stok ini hasil doa tuan-tuan semua yang setia dengan kami dan menyokong kami selama ini. Kami bersyukur kepada Allah swt kerana diamanahkan untuk melaksanakan tugas ini mudah-mudahan mendapat keberkatan dari Allah swt selamanya dan mengekalkan kami dalam bidang ini.

Perbezaan air zamzam kami SY Kaizen Trading dengan produk yang lain yang berkaitan dengan air zamzam. Air zamzam kami yang dibotolkan semula dari tong 10liter air zamzam yang diimport dari Arab Saudi. Air zamzam kami asli dan tiada campuran dengan mana-mana air. Kami jamin ini kerana proses pembotolan semula dilakukan sendiri dan para pengguna boleh juga memilih membeli dalam bentuk tong ikut kemampuan masing-masing.

Ada kalangan kawan-kawan menyatakan sayang rasa nak minum air zamzam. Bagi saya tidak perlu sayang sebab sekarang kemudahan dan air zamzam sangat mudah didapati dan pihak kami sentiasa menjaga perkara ini untuk memastikan air zamzam terus boleh dinikmati oleh umat Islam khususnya di Sarawak. Kepada mereka yang agak sayang untuk mengeluarkan wang untuk membeli air zamzam sedang kita boleh membeli ubat lain dengan harga yang lebih mahal atau murah sedikit dengan harga air zamzam. Seolah-olah kita tidak yakin dengan air zamzam sedangkan air zamzam ada jaminan keberkesanan dari hadis-hadis nabi yang sohih.

Kemampuan selalu menjadi persoalan kalangan kita. Sebenarnya kita boleh menikmati kebaikkan dan keberkatan air zamzam dengan memperuntukan setong sebulan, atau setong 2 bulan atau setong 3 bulan . Lihat kepada kemampuan kita. Tidak akan rugi kepada diri dan keluarga kita selagi ada kemampuan. Dulu selalu kita dengar sukar untuk nikmati air zamzam tapi sekarang sudah ada depan mata. Adalah sangat rugi kita yang berkemampuan tidak mahu atau enggan menikmati air zamzam demi untuk kesihatan dan keberkatannya. Kepada yang berminat sila call/sms saya Ustaz Yahya 0128562426

Saturday, July 2, 2011

Minum Air Zamzam dan Kurma Ketika Berbuka

Bulan Ramadan di wajibkan kepada muslimin dan muslimat untuk berpuasa. Berpuasa ialah menahan makan dan minum dari terbit matahari sehingga terbenam matahari serta menahan diri dari perkara-perkara yang boleh membatalkan puasa.

Semasa berpuasa kebanyakkan tenaga kita akan berkurangan bila menjelang petang. Tubuh badan manusia memerlukan makanan yang baik dan bertenaga untuk mengekalkan kecergasan tubuh dan otak semasa bepuasa. Jawapan kepada itu ialah makanan yang terbaik ialah  air zamzam dan kurma. Kandungan air zamzam yang hebat serta jumlah kalsium yang tinggi dalam air zamzam yang diakui sendiri oleh pakar-pakar sains yang sudah didahului oleh al-Quran dan as-sunnah. Cuma sikap manusia yang mahu dibenarkan oleh sains akan mengukuhkan kehebatan air zamzam.

Air Zamzam yang ciptaan begitu menakjubkan dengan perigi yang kecil dan hanya terdapat di Masjidil Haram Mekah melangkauwi akal manusia yang bagi manusia itu tidak benar kerana tempat yang kecil mana mungkin menampung jumlah peminum air zamzam yang berjuta-juta sebulan yang semuanya minum air zamzam  serta ditambah dengan dibekal mereka ke negara masing-masing tapi yang menakjubkan mereka semua kenyang serta juga boleh bawa pulang sebagai hadiah dari Masjidil Haram. Apakah ini bukan kehebatan Allah yang menciptanya.

Sebagai air yang hebat dari Pencipta yang hebat sudah pasti air zamzam ini sangat mengkagumkan. Air zamzam sangat enak jika disejukkan dalam peti sejuk dan diminum pada bulan puasa kerana rasa bal-balnya semakin berkurangan serta dengan biasa cuaca bulan puasa sangat panas sudah pasti menjadikan air zamzam adalah pilihan yang paling bijak untuk dinikmati ketika berbuka puasa pada bulan ini. Dengan mengambil segala kelebihan yang ada keberkatan kepada air zamzam sudah pasti sangat tidak rugi bagi peminumnya. Antara yang disebut dalam hadis yang sohih

ماء زمزم لما شرب له

air zamzam memperkenankan niat orang meminumnya.

Sudah pasti sangat berbaloi untuk kita minum air zamzam sepuas-puasnya selagi kita mampu. Barangkali sangat mahal bagi sesetengah individu kerana kosnya untuk di bawa ke Malaysia khasnya ke Kuching Sarawak. Mana mungkin selalu menikmatinya sepuas-puasnya. Kekadang kita sanggup membeli makanan yang lebih mahal untuk dinikmati kerana khasiatnya seperti sarang burung walid yang harga mecercah RM8000 sekilo. Kenapa tidak kepada air zamzam yang sudah jelas dan terang dinyatakan dalam hadis yang ianya ubat banyak penyakit. Ini jika kita masih was-was maka kita masih lagi tidak yakin dengan apa-apa yang telah ditetapkan oleh al-Quran dan al-Hadis.

Semua persoalan ini dapat diselesaikan kerana kami di SY Kaizen Trading sedia bantu anda semua untuk menikmati air zamzam pada bila-bila masa sekalipun bukan bulan puasa yang penting anda mahu di mana sahaja di Malaysia dari Perlis sehingga ke Sabah. Kami sedia hantar dengan kos perkhidmatan yang sangat berpatutan. Kami boleh kirim ke tempat anda asal anda mahu tanggung kosnya sahaja. Harga Semenanjung RM150 dan harga Sarawak RM170 dan botol 500ml RM15 Sarawak dan RM12 Semenanjung. Cepat siapa cepat dia dapat jumlah sangat terhad. Telefon sekarang 0128562426/ airzamzam1.blogspot.com

Saturday, June 18, 2011

Kenapa Perlu Pilih Sy Kaizen Trading

Assalamualikum wbt,

Banyak isu yang berbangkit mengenai air zamzam. Kes penipuan air zamzam semakin menjadi-jadi. Sikap tamak segelitir pihak telah menyebabkan air zamzam pernah disekat untuk dieksport ke luar negeri. Sikap peniaga yang keterlaluan memikirka keuntungan antara faktor kenapa air zamzam dianggap semakin mudah didapati.

Hakikatnya air zamzam memang sukar untuk didapati memandangkan ia disekat oleh pihak berkuasa Arab Saudi. Bukan sedikit para jemaah ditipu mentah-mentah oleh penyamun dan penyangak yang tamak. Hakikatnya kita tidak boleh menuduh siapa sahaja kerana ditakuti ia tidak benar maka ia adalah fitnah.


Bagi kami di Sy Kaizen Trading sejak  7 tahun lepas sudah menguruskan perkhidmatan air zamzam ke Malaysia. Kemudian dilanjutkan dari yang tidak berplastik dan kini sudah berplastik agar kualiti dan mengelak dari penipuan berlaku. Kami mempunyai stok yang cukup banyak untuk menjamin air zamzam tidak kehabisan stok bila ada pihak sangat memerlukan.

Kami menjamin kualiti air zamzam dalam keadaan baik dan tidak tercemar oleh cuaca panas sehingga menjejaskan kualiti air ini. Kami sangat prihatin dan barharap pengguna terus mempercayai kami sampai bila-bila dan kami mohon agar dijauhkan dari kejahatan tangan-tangan manusia yang mahu mengambil peluang dan kesempatan. Kami cukup gembira dapat memberi khidmat yang terbaik untuk umat Islam khusus Sarawak. Terima kasih daun keladi jom kita menikmati air zamzam selagi diberi kudrat. Jika ada yang ingin tahu lebih lanjut sila hubungi Ustaz Yahya 0128562426.

Tuesday, June 14, 2011

Jangan Kerana Mahu Untung Besar anda nafikan Hak Pengguna

Assalamualaikum wbt.

Sejak akhir-akhir ini para peniaga air zamzam seluruh Sarawak berlumba-lumba untuk mendapatkan air zamzam botol dari Semenanjung dengan harga yang sangat murah. Jauh lebih murah dari harga air zamzam yang ditawarkan oleh Sy Kaizen Trading Kuching.  Malah ada yang menghina, mengugut dan mendesak Sy Kaizen menurunkan harga air Zamzam dengan harga lebih murah atau sama dengan harga di Semenanjung. Oleh kerana merebut-rebut untuk dapat untung lebih sampai menidakkan hak pengguna untuk mendapatkan air zamzam yang asli dan tiada campuran yang lain. Anda menjual dengan harga RM15 dan anda untung banyak sebab anda ambil dari peniaga di sana RM7 ke RM8. Memang banyak anda dapat dapatkah anda akan kepastian dan keaslian air zamzam itu? Bolehkah anda membeli dengan kuantiti yang sedikit seperti sekotak dan memulangkan balik jika ada yang rosak? Adakah anda pernah berjumpa dengan peniaga tersebut dan adakah boleh juga mereka mendapatkan anda dalam kuantiti 5 ke 10 liter yang bukusan asli dari Mekah? Jika mereka tidak anda telah ditipu dan anda telah menipu pembeli.

Sy Kaizen mahu tanya semua peniaga ini adakah anda yakin betul mereka akan jual air zamzam yang asli tanpa anda melihat atau berjumpa pengeluar dan adakah anda pernah tanya mereka adakah mereka ada juga menjual dalam bentuk tong juga. Jika ya dan ada bukti mereka tidak akan mengeksploitasi air zamzam maka benar mereka amanah dengan air zamzam. Sy kaizen cukup sedih dengan sesetengah peniaga yang mahu untung sampai tahap lebih 100% tanpa memikirkan hak pengguna yang mahu mendapatkan yang asli dan mendapatkan daripada yang amanah.

Sy Kaizen pernah didatangi oleh pengguna yang ditipu peniaga yang menipu di Kuching. Beliau dalam keadaan sedih dan menangis akan sikap peniaga itu. Beliau membeli air zamzam dari seorang peniaga dan kembali semula untuk mendapatkan kepastian kenapa air zamzam yang dijual berlainan rasa. Tapi peniaga itu menafikan dan cuba mengelak. Sikap peniaga muslim begini menghina Islam dan tidak amanah dengan hak-hak pengguna.

Kepada peniaga semua. Anda harus ingat peniagaan tidak seharusnya hanya kepada nilai keuntungan sahaja. Antara mereka akan berada di pelindungan Allah pada hari yang mana tiada pelindungan melainkan pendungan Allah ialah peniaga yang jujur.

Sy Kaizen memang tidak menafikan keuntungan penting kepada seorang peniaga tapi biarlah amanah dan jujur dengan peniagaan anda. Anda akan ditanya akan amanah dan tanggungjawab anda dalam berniaga. Sy Kaizen menawarkan harga air zamzam yang memang agak mahal berbanding yang lain. Mahalpun hanya pada kos perkhidmatan air zamzam yang memang sudah mahal. Tapi kami yakin dan amanah dengan air zamzam ini. Kami diterajui oleh seorang pensyarah dan lulusan Universiti Islam Madinah dan sudah terlibat dengan air zamzam lebih 5 tahun.

Untuk makluman peniaga semua khususnya di Kuching amnya di Sarawak. Air zamzam kami tawarkan RM240(tidak termasuk kos pos diluar Kuching) sekotak dan anda boleh menjual dengan harga RM15 sebotol anda akan prolehi untung 50%. Keuntungan sebegini cukup lumayan jika dibandingkan dengan produk lain yang hanya beri untung 10-30% sahaja. Kami jujur dengan anda. Kepada botol yang rosak boleh dikembalikan dan digantikan yang baru. Kalau ada yang mahu bentuk tong 10 literpun boleh. Jika ada perlanggan yang tidak puas hati dan mahu berjumpa terus dengan pengurus boleh terus sahaja berjumpa atau tel sahaja kepada Ustaz Yahya di talian 0128562426.


Terima kasih kepada rakan niaga Sy Kaizen Trading di Kuching Dyg Robiah di Emart Kuching 0138953982, Hjh Safiah 0165256152, Ustaz Tarmizi 0138490028 di Choice Super Mall, Syarikat Azri di Pusat Comersial Matang 016 8883786, Dyg Koleksi Sarikei 0198882187, Saujana Ahdeen Interprise 0168600604 dan di Perak 0195716819. Kepada yang berminat untuk menjadi rakan niaga Sy Kaizen Trading kami alu-alukan. Terima kasih atas sokongan anda. Moga Allah murahkan rezeki dan dipermudahkan usaha kalian.

Monday, June 13, 2011

AIR ZAMZAM SEBAGAI PENAWAR TANPA TANDINGAN

ANNUSYRAH   turut menggunakan Air Zamzam yang terbukti  mempunyai khasiat yang tiada tandingan. 
Hanya  terdapat  di  Kota  Mekah  Al-Mukarramah ,  dijanjikan  Allah  tidak  akan  kering  sehingga  kiamat  dan  dapat  menunaikan   sebarang   hajat  peminumnya dengan izin Allah S.W.T.
Rasulullah s.a.w bersabda ( mengenai Air Zamzam ) :                                              
       " Sesungguhnya Air  Zamzam itu merupakan makanan yang mengenyangkan dan penawar yang menyembuhkan penyakit ".
Diriwayatkan daripada Ibnu Abbas  r.a  katanya Rasulullah s.a.w  telah bersabda :
       " Air   Zamzam   merupakan   penawar   yang   menyembuhkan   berdasarkan kepada niat meminumnya ".
Diriwayatkan daripada Ibnu Abbas r.a  katanya Rasulullah  s.a.w telah  bersabda :
       " Sebaik-baik air yang keluar dari perut bumi  ialah  Air Zamzam ,  terdapat padanya makanan    yang   boleh  mengenyangkan   dan   penawar    yang   boleh menyembuhkan penyakit ".
Ketika    Muawiah  bin  Abu  Sufian   r.a    mengerjakan    ibadat   Haji  beliau  telah meminum Air Zamzam dan berkata :
       " Air   Zamzam   merupakan   penawar    yang  menyembuhkan   berdasarkan kepada niat meminumnya ".
Ibnu Abbas  r.a  berkata :
       " Kami    menamakannya  (  iaitu  Air Zamzam  )   sebagai   pengenyang.   Air Zamzam itu boleh memberi nikmat yang menolong  anak-anak kecil ".
Katanya lagi :
       " Minumlah dari minuman yang menyembuhkan iaitu Air Zamzam ".
Katanya lagi :
       " Sesungguhnya  apabila  Rasulullah    s.a.w    meraikan    seseorang   lelaki ,  baginda akan meraikannya dengan memberi minum Air Zamzam "

Wednesday, June 1, 2011

Peniaga campur air biasa kaut untung lebih

RAMAI pendatang asing dan warga Arab Saudi sendiri didakwa menjual air Zamzam palsu di Makkah.
RAMAI pendatang asing dan warga Arab Saudi sendiri didakwa menjual air Zamzam palsu di Makkah.
Peniaga campur air biasa kaut untung lebih

MAKKAH: Sejumlah besar pendatang haram dan sesetengah warga Arab Saudi menjadikan kerjaya menjual air Zamzam palsu kerana mampu meraih keuntungan lumayan.
Mereka mencampurkan air suci itu dengan air biasa dan menjual campuran terbabit sebagai air Zamzam asli.
Penjual air Zamzam palsu berleluasa di sepanjang lebuh raya, di sekitar jalan keluar dan masuk ke Makkah dan berhampiran masjid suci. Mereka terus menjalankan perniagaan haram tanpa mengendahkan pihak berkuasa yang sentiasa memburu mereka.

Arab News membuat tinjauan ke tempat di mana air Zamzam palsu dijual. Kunjungan bermula berhampiran Masjidil Haram di kawasan Al-Ghazzah, di mana ramai orang dari kalangan masyarakat Afrika melakukan kerja haram itu.

Mereka membeli tong kosong baru dalam pelbagai warna, meletakkan kuantiti sedikit air Zamzam di dalamnya dan memenuhkan bakinya dengan air biasa.

Mereka melakukan campuran air di tempat tersembunyi dan kemudian membawa produk palsu berkenaan ke kawasan Al-Ghazzah yang penuh dengan jemaah dan pelawat.
Operasi penjualan berterusan 24 jam sehari, namun mereka akan melarikan diri dan bersembunyi apabila dikesan pasukan keselamatan.

Di kawasan Kudai, yang mempunyai stesen pengepam air Zamzam, sejumlah warga Afrika, Myanmar dan Bangladesh, memenuhkan tong dengan air Zamzam.

Mereka mengosongkan bahagian air dalam bekas lain, memenuhkannya dengan air biasa dan menjual campuran itu kepada jurujual di sekitar Lebuh Raya Jeddah-Makkah.

Mereka melakukan kegiatan haram itu jauh daripada pandangan polis. Sepanjang lebuh raya, terutama berhampiran stesen minyak di sekitar tempat keluar Makkah ada sekumpulan orang menjual air palsu tanpa henti.

Mereka memuatkan bekas air dalam trak kecil yang diletakkan di sana dan kemudian menutupnya dengan kain.

Mereka balik ke rumah pada waktu malam dan kemudian kembali pada hari berikutnya untuk meneruskan kegiatan. Air yang dijual itu yang mungkin terdedah kepada cahaya matahari dan habuk, menjadikan produk palsu itu tidak bersih.

Penjual air Zamzam palsu mungkin mengaut keuntungan lebih SR400 (RM318.91) sehari dan meningkat sehingga SR600 (RM478.36) ketika hujung minggu dan cuti sekolah musim panas. Segelen besar air campuran itu dijual dengan harga SR15 (RM11.96), sederhana pada harga SR10 (RM7.97) dan kecil pada harga SR5 (RM3.98). Mereka membeli air Zamzam di stesen pengepam pada harga SR2 (RM1.59) segelen. – Agensi

Sunday, May 15, 2011

Pembeli Air Zamzam ditipu

MAKKAH: Penduduk Makkah mendakwa, ada pihak tidak bertanggungjawab menjual air zamzam yang dicampur air paip di sepanjang Lebuh Raya Makkah - Jeddah.
Menurut mereka, zamzam berkenaan dijual kepada orang ramai pada harga di antara RM8.60 bagi bekas kecil dan RM17.25 untuk bekas besar.


Seorang daripada penduduk tempatan itu berkata, biasanya kegiatan berkenaan didalangi pendatang tanpa izin yang mengambil kesempatan sempena bulan Rejab ketika ini.


Bagaimanapun, katanya, ada juga penduduk tempatan terbabit dalam kegiatan itu.


“Setiap Rejab, bilangan jemaah umrah bertambah dan sekolah pula bercuti musim panas menyebabkan mereka mengambil kesempatan atas situasi itu,” katanya.


Rakannya, Faris al-Sharif, menggesa orang ramai memulaukan air zamzam berkenaan.


Katanya, ada sesetengah bekas dijual itu berisi air zamzam bercampur air perigi yang tidak selamat diminum.


“Pihak berkuasa perlu campur tangan dengan mengenakan tindakan tegas ke atas penjual terbabit.


“Bagi pendatang asing, pegawai imigresen boleh menjalankan operasi bagi mengesan mereka dan membawa kes itu ke mahkamah,” katanya.


Ketika ini, katanya, kebanyakan penjual itu bertumpu berhampiran stesen minyak di lebuh raya bagi memudahkan mereka melarikan diri setiap kali melihat polis datang.


Sementara itu, jurucakap kerajaan berkata, beberapa langkah pencegahan diambil bagi mengekang kegiatan berkenaan.

“Polis diarah merampas semua bekas air yang dijual di sepanjang lebuh raya berkenaan, manakala jika ada pendatang tanpa izin ditahan, mereka mesti diusir dari negara ini,” katanya. - Agensi
__________________

Thursday, May 12, 2011

Molikul Air Zam-zam

Kajian saintifik di Jepun : Dr. Masaru Emoto dari Universiti Yokohama dengan tekun melakukan penyelidikan tentang perubahan molekul air. Air murni dari mata air di Pulau Honshu didoakan secara agama Shinto, lalu didinginkan sehingga -5 °C di makmal, kemudian diambil gambar dengan mikroskop elektron dengan kamera halaju tinggi. Ternyata molekul air tersebut membentuk kristal segi enam yang indah.
Percubaan diulang dengan membacakan kata, “Arigato (terima kasih dalam bahasa Jepun)” di depan botol air tadi. Kristal yang terbentuk sangat indah. Lalu dicuba dengan menghadapkan tulisan huruf Jepun, “Arigato”. Kristal membentuk dengan keindahan yang sama. Selanjutnya ditunjukkan kata “setan”, kristal berbentuk buruk. Diputarkan muzik Symphony Mozart, kristal muncul berbentuk bunga. Ketika musik heavy metal diperdengarkan, kristal hancur. Ketika 500 orang memusatkan pesanan “peace” di depan sebotol air, kristal air tadi mengembang bercabang-cabang dengan indahnya. Dan ketika dicuba dibacakan doa Islam, kristal bersegi enam dengan lima cabang daun muncul berkilauan. Subhanallah!
Semasa di suatu seminar yang rata–ratanya dihadiri oleh bukan Islam, Prof. Masaru Emoto menunjukkan beberapa molekul air yang buruk rupanya. Kemudian yang terakhir beliau menunjukkan molekul-molekul air yang begitu indah, berbentuk kristal yang bercabang-cabang dan berkilauan. Beliau kemudiannya bertanya kepada hadirin tentang molekul air tersebut. Hadirin senyap. Dengan yakinnya seorang peserta seminar dari Malaysia bangun dan berkata “Itu molekul air zam-zam, air yang paling mulia”. Prof. Emoto menggangguk “Saya tidak pasti sama ada itu adalah air yang paling mulia atau tidak tetapi memang benar itu adalah molekul air zam-zam”. Dr. Emoto akhirnya mengelilingi dunia melakukan percubaan dengan air di Swiss, Berlin, Perancis, Palestin, dan ia kemudian diundang ke Markas Besar PBB di New York untuk membentangkan hasil penemuannya pada bulan Mac 2005 lalu. Ternyata air boleh ”mendengar” kata-kata, “membaca” tulisan, dan boleh “mengerti” pesanan.
Persidangan Air Sedunia baru-baru ini di salah sebuah Universiti di Malaysia membuktikan segala fakta tentang air. Sewaktu persidangan itu, air dari merata dunia diambil dan diperiksa akan “kehebatannya“. Kamera berfrekuensi tinggi berjarak jauh digunakan untuk melihat akan gambaran yang terjadi kepada air yang sedang di uji itu. Maka air dari Sungai Ganges dan juga termasuk Air Zam-Zam diuji dan dikenal pasti. Sesuatu yang nyata adalah Air Zam-Zam sahajalah air yang begitu kukuh dalam merakam segala perubahan pada kadar gelombang alam semesta ini dan strukturnya begitu kukuh (segi tiga). Keunikan Air Zam-Zam ini juga adalah strukturnya tidak berubah, ia tidak akan terjejas di dalam apa sekali pun tekanan yang sedang diberikan padanya. Ia tetap utuh sehinggakan seorang Professor dari Jepun memeluk agama Islam kerana keunikan Air Zam-Zam yang beliau ketahui hanya ada di Kaabah. Lagi satu kehebatan air Zam-Zam ini adalah ia sahaja didapati boleh merakam dengan tepat gelombang warna alam yang sering bertukar pada waktu-waktu yang tertentu.
Molekul Air zam-zam
Rahsia kehebatan air begitu terserlah apabila rahsia di Kaabah disingkap. Di bawah 4 penjuru (4 segi) bentuk Kaabah ada terkandungrahsia air yang bersifat Alkali. Itulah dia Air Zam-Zam, air yang merakam segala niat jemaah-jemaah yang datang secara gema gelombang, penyerahan yang harus di tekad niatkan dan sebaliknya bukan niat yang negatif umpama menunjuk-nunjuk, angkuh-sombong, riak-takbur dan sebagainya. Betapa ramai yang telah kita dengar akan jemaah yang tersesat dari dapat keluar dari pintu Masjidil Haram, juga yang tersesat balik ke Hotel, juga hilang entah ke mana, hanya menyimpan niat yang negatif, maka terakamlah segala niat kita maka dimakbulkan akan permintaan tadi sebagai suatu ujian getir dan diterbalikkan segala niat kita agar menjadi suatu peringatan supaya insaf dan sedar!
Hanya mereka yang benar-benar ingin mengambil tahu akan rahsia kehebatan air ini yang akan mendapat ganjaran kehebatan dan keunikan air ini. Di Kaabah, apabila niat kita benar-benar ikhlas, memohonkan ampun dan taubat, maka dengan sendirinya, kekuatan air iaitu Air Zam-Zam merakam niat jemaah tadi. Setelah ia melakukan tawaf  7 kali pusingan ke kanan, maka di situlah berlaku resonan (pusingan dengan geseran sesama manusia) maka penyerapan dosa-dosa itu terjadi, Insyaallah iaitu rahsia Kaabah yang memegang rahsia hitam serta Hajar Aswad yang juga hitam. Jemaah itu akan terasa begitu hening, tenang serta lapang jesteru akan terasa sebak lalu menangis teresak-esak kerana dapat merasakan kebesaran Allah SWT semata-mata.
Sebenarnya rahsia Kaabah dan Hajar Aswad ini adalah rahsia pada kejadian manusia di dalam perut. Majalah Medical Journal keluaran tahun 2000 ada menyatakan bahawa saintis mendapati apabila air mani dari lelaki memasuki ruang rahim wanita, berjuta-juta sperma berenang arah kanan ke kiri sebanyak 7 kali pusingan sebelum hanya satu sperma yang berjaya bercantum dengan telur maka persenyawaan pun terjadi maka samalah dengan rahsia pusingan jemaah di Kaabah iaitu apabila penyerahan adalah bersungguh-sungguh, penyerapan dosa akan terjadi, ciuman Hajar Aswad seakan-akan kita baru sahaja dijadikan iaitu bersih dari segala dosa! Maha Suci Allah yang Maha Pencipta, Maha Pengasih, Maha Penyayang pada hamba-hambanya. Apa yang disangkakan alam yang besar di dunia ini rupa-rupanya hanyalah kecil sahaja kerana “alam pada diri manusia” itu jauh lebih besar dan memegang segala rahsia luaran dan dalaman.
Maka benarlah kata-kata Rasullullah SAW marhumnya : “Kenalilah diri kamu rata-rata, barulah kamu kenal Tuhan yang nyata“.
Air adalah sumber penyucian. Ia berupaya merakam gema serta niat, umpama kita mengambil wuduk membaca niat, mandi wajib berniat dan sebagainya. Setiap tempat yang sudah pun Bertekanan Rendah, akan berlaku pelbagai istilah “musibah” yang “berbunyi” umpama taufan, ombak, gempa bumi dan pelbagai lagi untuk menyerap/seimbangkan semula gema/getaran kepada tahap tenaga asal tempat-tempat itu. Tidak lain tidak bukan Allah Maha Pengasih Maha Penyayang menghantar suatu “Isyarat” agar jangan kita “terbuai dan terhanyut jauh” oleh nafsu nafsi dan kembali ke pangkal jalanNya!
Apabila kita renungkan berpuluh-puluh ayat Al-Quran tentang air, kita akan tersentak bahawa Allah rupanya selalu menarik perhatian kita kepada air. Bahawa air tidak sekadar benda mati. Air menyimpan kekuatan, daya ingatan, daya penyembuh, dan sifat-sifat aneh lagi yang menunggu disingkap manusia. Islam adalah agama yang paling melekat dengan air. Solat fardhu wajib air wuduk 5 kali sehari, ketika solat sunat, malah untuk memegang Al-Quran. Persetubuhan, suami isteri wajib mandi wajib. Wanita yang datang haid selepas itu pun wajib mandi. Setelah matipun jenazah wajib dimandikan. Oleh itu kita mestilah menghormati air. Jaga kebersihan dan jaga adab–adab serta jangan membazir. Seorang ilmuwan Jepun telah merintis. Ilmuwan muslim harus melanjutkan kajian kehidupan ini berdasarkan Al-Quran dan hadis.
(Artikel ini di ambil dari http://wanzpyra.wordpress.com/2009/10/05/rahsia-kehebatan-air/)
Apa yang ingin saya kongsikan di sini ialah motivasi pagi di radio IKIM pagi jumaat ini. Adakah anda tahu 60-70% daripada badan manusia terdiri daripada unsur air? Cuba anda bayangkan bentuk molekul air dlm badan anda jika anda membuat sesuatu yang positif atau negatif?
Menurut Ustaz Zamri, jika kita melakukan atau mendengar perkara-perkara yg tidak berfaedah dan negatif molekul air dalam badan kita berubah menjadi sesuatu yang ‘tidak cantik’. Apakan terjadi dengan rohani dan jiwa kita? Jiwa kita juga kacau seperti molekul air itu, rasa tidak tenang.  Jika kita mengalunkan zikrullah, membaca Al-quran, berfikiran positif dan membuat kerja-kerja yang diredhai oleh Allah, insyaAllah rohani dan jiwa kita menjadi tenang seperti molekul air zam-zam yang cantik dan berkilau. Wallahua’lam..
Molekul-molekul yang terbentuk
Apa pandangan anda? Marilah kita berfikir sejenak tentang kebesaran ALLAH ini….
Renung-renungkan dan selamat beramal..

Tuesday, May 10, 2011

Awas Air Zamzam Palsu Lagi- Peniaga campur air biasa kaut untung lebih

Peniaga campur air biasa kaut untung lebih
MAKKAH: Sejumlah besar pendatang haram dan sesetengah warga Arab Saudi menjadikan kerjaya menjual air Zamzam palsu kerana mampu meraih keuntungan lumayan.
Mereka mencampurkan air suci itu dengan air biasa dan menjual campuran terbabit sebagai air Zamzam asli.


Penjual air Zamzam palsu berleluasa di sepanjang lebuh raya, di sekitar jalan keluar dan masuk ke Makkah dan berhampiran masjid suci. Mereka terus menjalankan perniagaan haram tanpa mengendahkan pihak berkuasa yang sentiasa memburu mereka. Arab News membuat tinjauan ke tempat di mana air Zamzam palsu dijual. Kunjungan bermula berhampiran Masjidil Haram di kawasan Al-Ghazzah, di mana ramai orang dari kalangan masyarakat Afrika melakukan kerja haram itu.
Mereka membeli tong kosong baru dalam pelbagai warna, meletakkan kuantiti sedikit air Zamzam di dalamnya dan memenuhkan bakinya dengan air biasa.
Mereka melakukan campuran air di tempat tersembunyi dan kemudian membawa produk palsu berkenaan ke kawasan Al-Ghazzah yang penuh dengan jemaah dan pelawat.
Operasi penjualan berterusan 24 jam sehari, namun mereka akan melarikan diri dan bersembunyi apabila dikesan pasukan keselamatan.
Di kawasan Kudai, yang mempunyai stesen pengepam air Zamzam, sejumlah warga Afrika, Myanmar dan Bangladesh, memenuhkan tong dengan air Zamzam.
Mereka mengosongkan bahagian air dalam bekas lain, memenuhkannya dengan air biasa dan menjual campuran itu kepada jurujual di sekitar Lebuh Raya Jeddah-Makkah.
Mereka melakukan kegiatan haram itu jauh daripada pandangan polis. Sepanjang lebuh raya, terutama berhampiran stesen minyak di sekitar tempat keluar Makkah ada sekumpulan orang menjual air palsu tanpa henti.
Mereka memuatkan bekas air dalam trak kecil yang diletakkan di sana dan kemudian menutupnya dengan kain.
Mereka balik ke rumah pada waktu malam dan kemudian kembali pada hari berikutnya untuk meneruskan kegiatan. Air yang dijual itu yang mungkin terdedah kepada cahaya matahari dan habuk, menjadikan produk palsu itu tidak bersih.
Penjual air Zamzam palsu mungkin mengaut keuntungan lebih SR400 (RM318.91) sehari dan meningkat sehingga SR600 (RM478.36) ketika hujung minggu dan cuti sekolah musim panas. Segelen besar air campuran itu dijual dengan harga SR15 (RM11.96), sederhana pada harga SR10 (RM7.97) dan kecil pada harga SR5 (RM3.98). Mereka membeli air Zamzam di stesen pengepam pada harga SR2 (RM1.59) segelen. - Agensi

Monday, May 9, 2011

Kajian Semula Hukum Penjualan Air Zam-Zam

Kajian Semula Hukum Penjualan Air Zam-Zam

Keputusan: 
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-77 yang bersidang pada 10 - 12 April 2007 telah membincangkan Kajian Semula Hukum Penjualan Air Zam-Zam. Muzakarah telah memutuskan bahawa berdasarkan nas-nas daripada hukum syarak, Islam membenarkan penjualan, perdagangan atau urusniaga air zam-zam. Walaubagaimanapun pihak pemerintah boleh mengenakan sekatan sekiranya terdapat pihak yang mencemarkan kesucian dan kemuliaan air tersebut.
Keputusan (English): 
 
Review On Selling Of Zam Zam Water

Decision:

The 77th Muzakarah (conference) of the Fatwa Committee National Council of Islamic Religious Affairs Malaysia held on 10th-12th April 2007 has discussed a review on rulings on selling of zam-zam water. Based on textual evidences, the Committee has decided that Islam permits the selling, trading and business of zam-zam water. However, the authority has to prevent any party trying to compromise the purity and sanctity of the zam-zam water.

Sunday, May 8, 2011

Arab Saudi nafi laporan air zamzam tercemar

JEDDAH: Arab Saudi menafikan laporan stesen penyiaran BBC mendakwa telaga zamzam di Makkah tercemar dan peminumnya boleh mendapat kanser.
Presiden Pusat Kajian Geologi Arab Saudi, Zuhair Nawab, berkata semua langkah perlu diambil bagi memastikan telaga dan air zamzam itu sentiasa selamat.

“Agensi ini bertanggungjawab memantau kualiti air yang penting bukan saja kepada Arab Saudi, malah kepada umat Islam sedunia.
“Pemantauan dilakukan setiap hari dengan mengambil tiga sampel untuk diuji dan setakat ini tiada pencemaran dikesan,” katanya, semalam.

Sebelum ini, BBC mendakwa ujian terhadap contoh dari pili zamzam di Makkah serta air yang dijual dalam botol menunjukkan kandungan nitrat tinggi, bakteria berbahaya dan kandungan arsenik tiga kali lebih tinggi berbanding yang dibenarkan.

Kata Zuhair, proses membotolkan air zamzam dibuat secara moden.

“Bahan cemar mungkin ditemui ketika ia diedar semula dalam botol lebih kecil oleh individu tertentu,” katanya. - AN

Wednesday, May 4, 2011

Air ZAM - ZAM Dan Sejarahnya



Telaga Zamzam (atau Zamzam Well, atau Zamzam; B. Arab: زمزم) ialah telaga biasa yang terletak di dalam Masjidil Haram di Makkah, hampir dengan Kaabah, tempat paling suci dalam Islam.

Telaga zam-zam merupakan satu-satunya sumber air bersih dari bawah tanah di Mekah satu ketika dahulu. Umat Islam sangat mengambil berat tentang air zamzam ini untuk air wuduk dan perubatan.

Sejarah


Umat Islam percaya telaga zam-zam dibina oleh Siti Hajar isteri kedua Nabi Ibrahim a.s dan ibu kepada anak Nabi Ibrahim iaitu Nabi Ismail.Siti Hajar dan anak kecilnya Nabi Ismail kehausan di kawasan gurun kering kontang . Lantaran itu Siti Hajar berlari anak 7 kali antara Safa dan Marwa untuk mendapatkan air untuk anak kecilnya itu.Allah menghantar malaikai Jibrail untuk mengeluarkan air suci dari tengah-tengah padang pasir itu. Lokasinya ialah tempat Nabi Ismail menghentak-hentak kaki dan menangis. Siti Hajar mengepong kawasan mata air itu dengan batu-batu dan memanggil zamzam yang bermaksud 'kepung air'. Ketika itu Mekah belum ada penduduk.

Datuk Nabi Muhamad s.a.w bernama Abdul Muttalib telah menjaga, mengurus dan menjaga keselamatan satu-satunya sumber air di kota Mekah zaman pra Islam.

Perkataan "zamzam" dipercayai berasal daripada ungkapan "zomk-zomk" bermakna "berhenti mengalir" - yang diluahkan oleh Siti Hajar dalam percubaannya menakung air yang berhamburan keluar.

Menurut hadis, Abu Tharr Al-Ghifari, sahabat Nabi Muhammad S.A.W, berkata semasa beliau mula-mula tiba di Mekah pada zaman permulaan Islam, beliau hidup dengan meminum air zamzam selama sebulan.

Maklumat fizikal


Telaga zamzam dalamnya 30 meter sahaja dan kedalaman air hanya 3.32 meter. Dapat bayangkan. Ada beberapa punca mata air di bawah 13 meter.

Ujian mengeluarkan air pada kelajuan 8000 liter/second selama tempoh 24 jam menunjukkan paras air surut dari para 3.23 meter kepada 12.72 meter dan kemudian 13.39 meter selepas itu. Paras air kembali normal ke paras 3.9 meter selepas 11 minit.

Air zamzam kini

Semasa ibadah umrah dan haji, para jemaah telah meniru larian Siti Hajar dari Safa ke Marwa sebanyak 7 kali yang dikenali ebagai ibadah Sae'i. Air zamzam dapat mengubat penyakit mental. Jenazah yang meninggal dunia dimandikan dengan air zamzam.

Jabatan Geologi Arab Saudi telah membuat kajian tentang cara pengurusan air zamzam dan menambah jumlah air bagi menampung keperluan jemaah semasa menunaikan haji, membawa balik untuk saudara-mara dan pelbagai tujuan lain.

Kajian menunjukkan air zamzam mengandungi pelbagai mineral seperti kalsium, magnesium dan fluorida.

Friday, April 22, 2011

HUKUM MENJUAL BARANG TIRUAN


Soalan yang telah ditanya kepada saya ialah :

Apa hukum menjual dan membeli barangan tiruan kepada jenama-jenamaan yang mempunyai hak cipta terutamanya pakaian, beg kasut dan lain-lain?
Jawapannya

Barangan tiruan adalah barang yang telah diciplak, ditiru dan di copy tanpa izin pencipta dengan jenama yang sama dan pengguna tidak dapat membezakan yang mana original dan yang mana tiruan. Sekarang ini barangan tiruan bersepah dan banyak di pasaraya, pasar malam, kedai borong dan sebagainya.

Barangan tiruan ialah barang yang dicuri reka dari pencipta yang sebenar tanpa izin dan hal ini sama dengan masalah mencuri. Islam melarang umatnya mencuri, kerana mencuri itu adalah haram. Hadis Nabi yang bermaksud :
“Janganlah seorang dari kamu menjual atas barang jualan orang lain”

Fatwa dari Persatuan Ulamak Fiqh Sedunia dalam masalah ini ialah haram bagi sesiapa yang meniru barangan orang lain tanpa izin dari penciptanya. Barangan yang dimaksudkan di sini ialah barang yang menjadi hak cipta terpelihara.

Orang yang memprodukkan barangan tiruan seolahnya seperti mereka menipu pengguna dengan jenama yang diberikan. Contohnya baju kemeja yang diklon dari jenama yang terkenal tanpa izin dari penciptanya, kemudian produk tersebut dicopkan dengan jenama yang terkenal. Maka perkara ini merupakan penipuan yang nyata dan Islam sangat melarang umatnya menipu sepertimana Hadis Nabi yang bermaksud :
“Barangsiapa menipu kami, maka bukanlah dari golongan kami”

Masalah curi dan menipu ini sangat jelas dalam Islam dan ia merupakan perkara yang haram dan mungkar. Setiap perkara yang haram itu jelas dan tiada ragu-ragu dan setiap perkara yang halal itu juga jelas dan tiada ragu-ragu. Cari sumber rezeki yang halal dan jauhkan diri dari terlibat dengan perkara yang haram. Kerana rezeki yang haram akan menjadi darah daging kita dan keluarga kita. Rezeki yang haram juga akan membuatkan hati menjadi hitam dan benak untuk melakukan perkara-perkara yang makruf. Hati orang yang makan rezeki yang haram menjadi keras dan susah untuk dibentuk dan ditarbiah.

Carilah rezeki yang halal dengan penat lelah diri sendiri, kerana rezeki yang halal ini walaupun sedikit tetapi ia memperolehi keberkatan dari Allah. Orang yang makan perkara yang halal dan baik, mudah untuk dirinya dan keluarganya untuk mematuhi segala perintah dan larangan Allah. Bersyukurlah kepada Allah dengan rezeki yang diberikan kepada kita semua. Sesungguhnya Allah telah menentukan rezeki kepada setiap manusia. Kuat doa, usaha dan tawakal maka banyaklah rezeki yang diperolehi oleh kita. Firman Allah yang bermaksud :
“Wahai orang-orang Yang beriman! makanlah dari benda-benda Yang baik (yang halal) Yang telah Kami berikan kepada kamu, dan bersyukurlah kepada Allah, jika betul kamu hanya beribadat kepadaNya.” (Al-Baqarah : 172)
“Oleh itu, makanlah (Wahai orang-orang Yang beriman) dari apa Yang telah dikurniakan Allah kepada kamu dari benda-benda Yang halal lagi baik, dan bersyukurlah akan nikmat Allah, jika benar kamu hanya menyembahNya semata-mata.” (An-Nahl : 114)

Saturday, April 9, 2011

Awas Air Zamzam Tiruan

PUTRAJAYA - Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom mendedahkan memang ada air zam-zam yang dijual di negara ini dicampur dengan air telaga dan air bukit.

Menurutnya, tindakan yang tidak bertanggungjawab itu dijalankan oleh pihak-pihak swasta yang mengambil air galian daripada sebuah telaga di Pahang dan air bukit di Hulu Yam, Selangor.

"Saya difahamkan, ada kelompok-kelompok individu yang menjual dan mencampurnya dengan air zam-zam ini. Dalam konteks ini, cukup payah untuk mengenal pasti sebab ia air. Sama warna iaitu putih.

"Sekarang bukan sahaja air zam-zam palsu malah telur pun ada yang tiruan di mana sepatutnya telur ini datang daripada binatang yang bertelur," katanya di sini semalam.

Beliau mengulas laporan Kosmo! kelmarin mengenai kebimbangan orang ramai kemungkinan terdapat penjualan air zam-zam tiruan ekoran ia semakin banyak di pasaran pada masa ini.

Menurut Jamil Khir lagi, kajian saintifik mendapati, air galian memang ada persamaan dengan air zam-zam tetapi bimbang persamaan itu digunakan untuk menipu pengguna. -kosmo



Air zam zam dicampur air kosong

Air zam-zam merupakan antara buah tangan istimewa yang sering dibawa pulang oleh jemaah haji sekembali daripada mengerjakan ibadah haji atau umrah di Mekah namun minuman itu semakin mudah diperoleh di Pulau Pinang sejak lima tahun lalu.

Air itu mudah didapati ekoran terdapat sebuah syarikat dikatakan telah diberi kebenaran untuk membekalkan air tersebut kepada orang ramai dan ia dijual beberapa peniaga seperti di bazar Jalan Penang, Lorong Kulit, Pasar Tun Sardon, Bayan Baru dan Bayan Lepas.

Bagaiamanapun, sejak kebelakangan ini timbul kebimbangan di kalangan orang ramai kemungkinan ada pihak menjual air zam zam tiruan iaitu yang dicampur dengan air kosong.

Terdapat banyak keraguan yang timbul apabila minuman tersebut diisi di dalam botol lut sinar bersaiz 250 mililiter tanpa tanda perniagaan, sebaliknya hanya menggunakan kertas kosong yang dicetak dengan dakwat komputer.

“Malah, jika diminum, air zam zam tersebut tidak mengeluarkan sebarang rasa berbanding yang asli akan berasa payau,” kata seorang pembeli, Zuraini Khadijah Abidin, 38.



Air Zam-Zam Tiruan


“AIR yang dikatakan air zam-zam itu dijual tanpa sebarang fakta pada botolnya. Yang ada hanyalah tulisan Air Zam-Zam berserta gambar Kaabah sahaja. Boleh percaya ke?” tanya seorang pengguna kepada BACARIA. Justeru, berdasarkan aduan pengguna ini terhadap penjualan air zam-zam yang meragukan, dijual semakin berleluasa dan kini boleh didapati dengan mudah, wartawan BACARIA, IZRA ABD RAHMAN DAN NOOR AZIANTY NORMAN telah membuat siasatan mengenai isu air zam-zam ini. Tulen atau tiruan? Turut menjadi persoalan adalah bolehkah air zam-zam ini dijual?

Pengguna keliru asli atau tiruan Air Zam-Zam pelbagai jenama

SHAH ALAM: Dahulu peluang minum air zam-zam hanya ada apabila saudaramara atau rakan taulan yang dijemput menjadi ‘tetamu’ Allah di Mekah membawanya pulang ke tanah air.

Namun kini, peluang untuk minum air paling berkhasiat di dunia ini semakin terbuka luas untuk sesiapa sahaja kerana ia boleh didapati dengan begitu mudah sekali.

Perkembangan ini mungkin menggembirakan mereka yang terdesak untuk mendapatkan air zam-zam ini untuk tujuan tertentu walaupun ada antaranya dijual dengan harga yang tak keterlaluan dikatakan sebagai ‘cekik darah’.

Namun, tak kurang juga pengguna yang merasa was-was akan keaslian, kesucian dan kebersihan air yang sememangnya suci ini memandangkan semakin banyak pihak yang berani meraih keuntungan dengan menjual air yang tinggi kandungan mineralnya ini.

BACARIA turut menerima beberapa aduan berhubung isu ini. Selepas tinjauan dibuat, memang jelas menunjukkan banyak air zamzam yang dijual dalam botol pelbagai bentuk dan saiz di premis tertentu di sekitar Kuala Lumpur dan Lembah Klang.

Melihat air suci ini dijual begitu berleluasa di merata-rata tempat, maka ramailah yang terfikir apakah air zam-zam ini begitu mudah dibawa keluar dari Tanah Suci Mekah sehingga ia boleh diperdagangkan sesuka hati di seluruh dunia, termasuklah di negara kita.

Malahan, sesetengah air zam-zam yang dijual terus meninggalkan misteri dan tanda tanya terutama bagi masyarakat Islam yang begitu teliti dan sensitif terhadap isu kepenggunaan dan keagamaan.

Lebih menimbulkan tanda tanya, apabila ada pengedar yang tergamak menjualnya pada harga yang amat tinggi sedangkan kuantitinya amat sedikit. Cara pembungkusannya pula terlalu ringkas, hanya tertera tulisan ‘Air Zam-Zam’ sambil dihiasi gambar Kaabah, itu pun cuma tinggal bumbungnya sahaja kerana gambarnya telah dipotong separuh.

Tidak tertera asal-usul dan ramuan air zam-zam pada botolnya, sudah tentu boleh dimaafkan kerana masyarakat Islam di seluruh dunia tahu bahawa ianya air mukjizat dari Allah untuk umat- Nya di seluruh dunia yang diberikan secara percuma.

Namun, jika nama syarikat dan alamat syarikat pengedar langsung tidak dicetak pada label dibotolnya, adakah ia dapat dimaafkan? Siapa dan pihak mana yang bertanggung jawab terhadap air yang diisytiharkan sebagai air zam-zam ini?

Hal inilah yang membuatkan timbul syak di hati pengguna, adakah air yang dilabelkan sebagai air zam-zam itu benar-benar air suci yang dibawa dari Tanah Suci Mekah? Jika benar, mengapa disembunyikan nama syarikat yang mengedarnya? Mungkin juga air yang kononnya dikatakan air zam-zam itu hanyalah air paip atau air mineral biasa kerana pengguna hanya dapat merasa dan memastikan ianya benar air zam-zam hanya selepas mereka membeli dan membayarnya.

Dan yang paling ditakuti sekali jika ada pihak tidak bertanggung jawab mempunyai muslihat tertentu.


Ulasan GB

Terkebil-kebil masing-masing membaca hal-hal barangan tiruan sehingga bahan makanan pun banyak yang tiruan.

Hanya jauhari yang mengenal mutu manikam!

Jadilah rakyat dan pengguna yang bijak dan berilmu supaya tidak mudah terpedaya dan tertipu. Banyakkan membaca... membaca buku dan membaca alam....

Monday, March 14, 2011

Air Zamzam Kelebihannya

Zamzam ialah nama sebuah telaga yang terletak di tengah-tengah Masjidil Haram yang dahulunya bersebelahan dengan makam Hambali, tetapi sekarang ini makam ini tiada lagi dan tidak jauh dari bangunan Kaabah di Makkah kira-kira tiga puluh lapan hasta letaknya daripada Kaabah Musyarrafah atau lebih tepat lagi bersetentang dengan Hajarul Aswad yang terletak di bahagian penjuru tenggara Kaabah. Telaga ini sangat dalam dan besar walaupun kelihatan kecil di permukaannya. Buktinya ialah airnya tidak pernah kering walaupun ramai dan setiap masa orang menggunakannya. Telaga ini berdindingkan simen dan berbumbungkan marmar yang bertatah indah dan berwarna-warni, tingginya 1.5 meter dan luasnya kira-kira tiga meter.

Air zamzam digunakan untuk minum dan wudhu dan boleh juga dijadikan sebagai penawar (jikalau diniatkan sedemikian) dan ia boleh mencerahkan pandangan jikalau dimasukkan ke dalam mata kerana airnya sangat hening dan bersih. Air zamzam dianggap air yang suci dan berkat. Penduduk di Makkah sentiasa berbuka puasa dengan air zamzam atau dengan buah kurma sebagai mengikut sunnah Nabi Muhammad Shallallahu ‘alaihi wasallam. Hampir setiap orang yang menunaikan fardhu haji ke Makkah tidak lupa membawa pulang air zamzam, khususnya orang yang datang dari sebelah timur untuk diagihkan kepada kaum keluarga.

Dinamakan air itu sebagai zamzam kerana terlalu banyak air tersebut. Sebagaimana kita maklumi air itu sudah wujud pada zaman Nabi Isma‘il ‘alaihissalam sehinggalah sekarang. Betapa besarnya kekuasaan Allah Subhanahu wa Ta‘ala.

Sejarah Air Zamzam

Zamzam adalah sebuah perigi Nabi Isma‘il ‘alaihissalam. Menurut para ahli sejarah, kisah air zamzam itu bermula dari peristiwa yang dialami oleh Siti Hajar dan anaknya Isma‘il ‘alaihissalam. Mereka berdua ditinggalkan oleh suaminya Ibrahim ‘alaihissalam di suatu tempat yang sepi dan tandus. Di tempat itu tidak ada air untuk diminum, tidak ada makanan untuk dimakan dan tidak ada orang untuk meminta pertolongan. Setelah bekalan mereka habis, Isma‘il pun menangis kerana lapar dan dahaga. Melihat keadaan anaknya sedemikian, Siti Hajar pun pergi mencari air. Dia berjalan menuju ke Bukit Safa dan Marwah kira-kira lima ratus meter jarak antara kedua bukit tersebut, dengan harapan menemui kafilah pedagang yang membawa air. Setelah berulang-alik sebanyak tujuh kali antara dua bukit itu, namun Siti Hajar tidak menemui sesiapa pun.

Berkata Ibnu ‘Abbas: "Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: "Maka itulah sa‘ie manusia (orang haji dan umrah) antara keduanya (Safa dan Marwah)." Apabila Siti Hajar naik ke Bukit Marwah, dia terdengar suatu suara lalu dia berkata di dalam hati: "Sesungguhnya aku mendengarmu, jika engkau dapat memberi pertolongan, maka tolonglah kami." Tiba-tiba dia ternampak Malaikat di samping anaknya Isma‘il. Malaikat itu pun menggali tanah dengan tumit atau sayapnya sehingga terpancutlah air iaitu air zamzam.

Setelah beberapa tahun berlalu, Nabi Ibrahim ‘alaihissalam datang menemui mereka berdua. Pada waktu inilah, Baginda mendirikan rumah suci (Ka‘bah). Firman Allah Subhanahu wa Ta‘ala:

Tafsirnya: "Sesungguhnya rumah ibadat yang mula-mula dibina untuk manusia (beribadat kepada Tuhannya) ialah Baitullah yang di Makkah, yang berkat dan (dijadikan) petunjuk hidayat bagi umat manusia. Di situ ada tanda-tanda keterangan yang nyata (yang menunjukkan kemuliaannya, di antaranya ialah) Makam Nabi Ibrahim. Dan siapa yang masuk ke dalamnya aman tenteramlah dia. Dan Allah mewajibkan manusia mengerjakan ibadah Haji dengan mengujungi Baitullah, iaitu sesiapa yang mampu dan berkuasa sampai kepadanya. Dan sesiapa yang kufur (ingkar akan kewajipan ibadah haji itu), maka sesungguhnya Allah Maha Kaya (tidak berhajatkan sesuatu pun) daripada sekalian makhluk." (Surah Ali ‘Imran: 96-97)

Ketika Makkah didiami oleh kaum Jurhum (kabilah daripada Syam) dengan kemajuan dan kemewahan hidup mereka sehingga tidak mengendahkan kehormatan Ka‘abah tersebut. Menurut ahli sejarah, kaum Jurhum memakan harta Ka‘abah dan melakukan perkara dosa besar sehinggalah perigi zamzam itu kering kontang dan lama kelamaan ia tertimbus dan tidak diketahui lagi kedudukannya.

Setelah pemerintahan daerah itu dipegang oleh Abdul Muthallib (nenek Nabi Muhammad Shallallahu ‘alaihi wasallam). Suatu ketika beliau telah bermimpi mendapat petunjuk untuk menggali perigi zamzam itu, lalu dia mengarahkan orang lain untuk menggali perigi tersebut sehinggalah kedudukan perigi itu ditemui.

Hukum Meminum Air Zamzam

Para Fuqaha bersepakat bahawa sunat bagi orang-orang yang mengerjakan ibadah Haji dan Umrah minum air zamzam, kerana Nabi Muhammad Shallallahu ‘alaihi wasallam minum air zamzam tersebut.

Berdasarkan nas asy-Syafi‘eyah, bahawa air zamzam itu sunat diminum dalam apa keadaan sekalipun. Hukum sunat itu tidak hanya khusus selepas mengerjakan tawaf, bahkan ia sunat diminum bagi setiap orang walaupun bukan pada waktu mengerjakan ibadah haji atau umrah. Disebutkan dalam hadis Jabir bin ‘Abdullah katanya:

Maksudnya: "Aku pernah mendengar Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: "Air zamzam itu diminum untuk keperluan apa saja." (Hadis riwayat Ibnu Majah)

Dalam erti kata yang lain, jika ia meminumnya dengan maksud menghilangkan rasa haus, maka Allah akan menghilangkan rasa hausnya, jika ia meminumnya untuk menghilangkan rasa lapar, maka Allah akan mengenyangkannya, dan jika ia meminumnya untuk menyembuhkan penyakit, maka Allah akan menyembuhkan penyakitnya.

Kelebihan Air Zamzam
Banyak kelebihan yang terdapat pada air zamzam itu, sebagaimana disebutkan di dalam hadis-hadis Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam, antara kelebihan itu:

Ada keberkatan padanya, boleh mengenyangkan seperti makanan dan sebagai penawar penyakit. Disebutkan dalam hadis Abu Dzar Radhiallahu ‘anhu, bahawa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda tentang air zamzam:

Maksudnya: "Sesungguhnya air zamzam itu penuh berkat, sesungguhnya ia makanan yang mengenyangkan." Dan Abu Daud Ath-Thayalisi menambah dalam musnadnya: "Dan penyembuh penyakit." (Hadis riwayat Muslim)

Perihal air zamzam menjadi penawar penyakit itu, banyak disebut mengenainya, antaranya:

Maksudnya: "Daripada Abu Jamrah Adh-Dhuba‘ie katanya: "Aku duduk bersama Ibnu ‘Abbas di Makkah, lalu aku terkena demam panas. Berkata Ibnu ‘Abbas: "Dinginkanlah panasmu itu dengan air zamzam, sesungguhnya Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: "Demam panas itu daripada bahang neraka jahannam, maka dinginkanlah ia dengan air, (atau sabda Baginda: "Dengan air zamzam" , si Hammam syak). (Hadis riwayat Al-Bukhari)

Kisah seorang perempuan Maghribi yang disembuhkan Allah Subhanahu wa Ta‘ala daripada penyakit kanser dengan meminum air zamzam. Di mana doktor menyatakan, bahawa dia tidak ada harapan untuk hidup dalam masa tiga bulan. Perempuan itu pun pergi menunaikan umrah, beri‘tikaf di Masjidil Haram, minum air zamzam sepuas-puasnya dan menghabiskan masanya dengan bersembahyang, membaca al-Qur’an dan berdoa. Setelah beberapa hari bintik-bintik merah yang tumbuh di badannya sudah tiada lagi, lalu dia menemui doktor dengan menerima keputusan bahawa penyakitnya sudah sembuh.

Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam dibersihkan dadanya dengan air zamzam bagi menguatkan Baginda melihat Malakut langit dan bumi, syurga dan neraka. Dengan ini, ada keistimewaan dalam air zamzam itu iaitu menguatkan hati dan menghilangkan ketakutan. Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

Maksudnya: "Dibukalah atap rumahku ketika aku berada di Makkah. Lalu turun Jibril membelah dadaku, kemudian dicucinya dengan air zamzam. Setelah itu dia (Jibril) membawa mangkuk besar dari emas yang penuh dengan hikmat dan keimanan, lalu ditumpahkannya ke dalam dadaku kemudian ditutupnya kembali dadaku. Setelah itu dia menarik tanganku lalu membawaku naik ke langit dunia (dimi‘irajkan)."

Adab Meminum Air Zamzam

Adab ketika minum air zamzam itu sebagaimana yang disebutkan oleh sebahagian Fuqaha adalah termasuk dalam hukum sunat, antaranya:

1. Menghadap kiblat.
2. Menyebut nama Allah Subhanahu wa Ta‘ala sebelum minum.
3. Bernafas sebanyak tiga kali ketika minum dan ketika bernafas itu hendaklah di luar bekas atau gelas itu (yakni tidak minum dengan sekali teguk sehingga habis, bahkan minum dengan berhenti sebanyak tiga kali).
4. Minum sehingga kenyang, kerana orang munafiq tidak meminumnya sehingga kenyang.
5. Mengucapkan syukur kepada Allah Subhanahu wa Ta‘ala setelah selesai minum. Sebagaimana disebutkan oleh Ibnu Majah:

Maksudnya: "Daripada Muhammad bin ‘Abdurrahman bin Abu Bakr katanya: "Ketika aku duduk di sisi Ibnu ‘Abbas datang seorang lelaki kepadanya, lalu berkata Ibnu ‘Abbas: "Dari mana engkau datang?"

Lelaki itu berkata: "Dari perigi zamzam."
Ibnu ‘Abbas berkata: "Apakah engkau minum dari perigi itu sebagaimana yang sepatutnya."
Lelaki itu berkata: "Bagaimana?"

Ibnu ‘Abbas berkata: "Apabila engkau minum air zamzam, maka menghadaplah ke kiblat, sebut nama Allah dan bernafaslah tiga kali (waktu minum). Minumlah air zamzam sehingga kenyang dan jika sudah selesai maka pujilah Allah ‘azza wajalla. Sesungguhnya Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: "Sesungguhnya tanda yang membezakan antara kita dengan orang-orang munafiq, sesungguhnya mereka tidak minum air zamzam itu sehingga kenyang." (Hadis riwayat Ibnu Majah)

Antara adabnya lagi:


6. Setiap kali mengambil nafas ketika minum air zamzam, melihat ke arah Kaabah.
7. Sunat masuk ke tempat perigi zamzam dan melihatnya. Kemudian menggunakan timba yang ada di sana lalu meminumnya serta memercikkan air zamzam itu ke kepala, muka dan dada.
8. Memperbanyakkan doa ketika minum dan mengharapkan kebaikan di dunia dan akhirat.

Sunat dibaca seperti di bawah ini:

Ertinya: "Ya Allah Ya Tuhanku, sesungguhnya telah sampai kepadaku NabiMu Muhammad Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: "Air zamzam itu diminum untuk keperluan apa saja." Dan aku meminumnya supaya…………."

Sesudah membaca seperti di atas, berdoalah lagi untuk memohon kebaikan di dunia dan akhirat, kemudian membaca bismillah, lalu minum dan mengambil nafas sebanyak tiga kali. ‘Abdullah bin ‘Abbas Radhiallallahu ‘anhuma berdoa ketika minum air zamzam:
Ertinya: "Ya Allah Ya Tuhanku, aku mohon padaMu ilmu yang bermanfaat, rezeki yang luas dan sembuh daripada segala penyakit."

Untuk memohon keampunan atau kesembuhan daripada penyakit, bacalah doa seperti di bawah:
Ertinya: "Ya Allah Ya Tuhanku, sesungguhnya telah sampai kepadaku bahawa RasulMu Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: "Air zamzam itu diminum untuk keperluan apa saja." Ya Allah Ya Tuhanku, sesungguhnya aku meminumnya supaya Engkau ampuni dosaku, Ya Allah ampunilah aku. Ya Allah Ya Tuhanku, sesungguhnya aku meminumnya supaya Engkau sembuhkan sakitku, Ya Allah sembuhkanlah aku."

Selain berdoa untuk kepentingan diri sendiri bagi memohon kebaikan di dunia dan akhirat, memohon juga untuk orang lain seperti anak atau sanak saudara misalnya, akan tercapai permohonan itu juga jika dia meminum air zamzam tersebut dengan niat yang betul.

Memindahkan Air Zamzam

Memindahkan air zamzam daripada Makkah atau tanah haram kepada tanah halal atau keluar daripada Makkah adalah harus. Daripada ‘Urwah bin Az-Zubair katanya:

Maksudnya: "Sesungguhnya ‘Aisyah membawa air zamzam dan dikhabarkan bahawa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam melakukan yang demikian itu." (Hadis riwayat Al-Baihaqi)

Penggunaan Air Zamzam Selain Untuk Diminum

Beristinja’ (bersuci daripada dua jalan qubul dan dubur), menurut Al-Khatib dan Ibnu Hajar, makruh beristinja’ dengan menggunakan air zamzam. Sementara pendapat Syaikhuna adalah khilaful Awla (bertentangan dengan yang lebih utama). Kerana air zamzam itu mempunyai kehormatan. Menurut Al-Bulqini, air zamzam itu lebih afdhal daripada air Kawtsar.

Termasuklah dalam hukum makruh dan khilaful awla di atas, air yang keluar daripada jari-jari Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam, air Kawtsar dan air yang dirampas.

Dikatakan juga, sesiapa beristinja’ dengan air zamzam, nescaya dia akan mewarisi penyakit bawasir. Jika dia beristinja’ juga dengan air zamzam tersebut, maka dengan air itu dia suci (dia dapat membersihkan najisnya).

Harus menggunakan air zamzam itu untuk mandi dan berwudhu. Adapun menggunakan air zamzam bagi memandikan mayat hendaklah dielakkan.

Berjual Beli Dengan Air Zamzam

Setakat ini kita belum jumpa keterangan khusus mengenai hukum jual beli air zamzam itu. Bagaimanapun berdasarkan kaedah:

Ertinya: "Asal suatu perkara itu adalah harus, sehingga ada dalil syara‘ yang mengharamkannya."

Maka berdasarkan kaedah ini, harus air zamzam itu diperdagangkan atau dijual dan dibeli.

Demikianlah beberapa penjelasan mengenai air zamzam dan kelebihannya, rahsia serta manfaat yang boleh kita perolehi. Di samping itu juga, ia adalah sebagai tanda kebesaran Allah di mana air zamzam itu masih dapat kita nikmati dan tidak kering sehingga zaman ini.

Sunday, March 13, 2011

Kelebihan Air zamzam

09 Rabiulakhir 1432H. [MOD] -

JOHOR BAHRU – Niat seorang bapa untuk membeli roti kepada anaknya setelah pulang dari kerja tidak kesampaian apabila dia menerima panggilan mengatakan rumah yang didiaminya musnah dalam kebakaran di Kampung Sungai Perling dekat Skudai, di sini, malam semalam.

Hamsani Radi, 46 berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 9 malam itu disedari anak perempuannya yang ketika itu sedang menonton televisyen.

“Ketika kejadian, saya dalam perjalanan pulang ke rumah dan singgah sebentar di kedai runcit untuk membeli roti yang dikirim anak saya. Namun belum sempat saya membelinya, saya menerima panggilan daripada jiran mengatakan rumah saya terbakar.

“Saya bergegas pulang ke rumah kerana risau keadaan anak-anak saya. Ketika itu yang ada di rumah hanyalah mereka bertiga,” katanya.

Menurutnya, kebakaran berpunca dari bilik hujung yang disedari anak bongsunya ketika menonton televisyen.

“Tiada apa yang dapat diselamatkan, kami tinggal sehelai sepinggang.

“Dalam rumah ini macam-macam barang yang disimpan musnah, sijil premium BSN, surat beranak, dokumen-dokumen penting dan barang kemas,” katanya.

Katanya, kejadian itu berlaku dengan pantas dan dia bersyukur kerana tidak mengalami sebarang kecederaan walaupun terpaksa menanggung kerugian kira-kira RM40,000.

Hamsani berkata, dia terkejut apabila setelah api berjaya dipadamkan, hanya dua botol air zamzam tidak dijilat api.

“Air zamzam ini disimpan di dalam rumah berhampiran dapur. Saya terkejut apabila semua barang lain di sekitarnya musnah dijilat api kecuali dua botol air zamzam yang hanya renyuk sedikit sahaja,” katanya yang juga merupakan seorang anggota Rela.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...