Sunday, May 15, 2011

Pembeli Air Zamzam ditipu

MAKKAH: Penduduk Makkah mendakwa, ada pihak tidak bertanggungjawab menjual air zamzam yang dicampur air paip di sepanjang Lebuh Raya Makkah - Jeddah.
Menurut mereka, zamzam berkenaan dijual kepada orang ramai pada harga di antara RM8.60 bagi bekas kecil dan RM17.25 untuk bekas besar.


Seorang daripada penduduk tempatan itu berkata, biasanya kegiatan berkenaan didalangi pendatang tanpa izin yang mengambil kesempatan sempena bulan Rejab ketika ini.


Bagaimanapun, katanya, ada juga penduduk tempatan terbabit dalam kegiatan itu.


“Setiap Rejab, bilangan jemaah umrah bertambah dan sekolah pula bercuti musim panas menyebabkan mereka mengambil kesempatan atas situasi itu,” katanya.


Rakannya, Faris al-Sharif, menggesa orang ramai memulaukan air zamzam berkenaan.


Katanya, ada sesetengah bekas dijual itu berisi air zamzam bercampur air perigi yang tidak selamat diminum.


“Pihak berkuasa perlu campur tangan dengan mengenakan tindakan tegas ke atas penjual terbabit.


“Bagi pendatang asing, pegawai imigresen boleh menjalankan operasi bagi mengesan mereka dan membawa kes itu ke mahkamah,” katanya.


Ketika ini, katanya, kebanyakan penjual itu bertumpu berhampiran stesen minyak di lebuh raya bagi memudahkan mereka melarikan diri setiap kali melihat polis datang.


Sementara itu, jurucakap kerajaan berkata, beberapa langkah pencegahan diambil bagi mengekang kegiatan berkenaan.

“Polis diarah merampas semua bekas air yang dijual di sepanjang lebuh raya berkenaan, manakala jika ada pendatang tanpa izin ditahan, mereka mesti diusir dari negara ini,” katanya. - Agensi
__________________

Thursday, May 12, 2011

Molikul Air Zam-zam

Kajian saintifik di Jepun : Dr. Masaru Emoto dari Universiti Yokohama dengan tekun melakukan penyelidikan tentang perubahan molekul air. Air murni dari mata air di Pulau Honshu didoakan secara agama Shinto, lalu didinginkan sehingga -5 °C di makmal, kemudian diambil gambar dengan mikroskop elektron dengan kamera halaju tinggi. Ternyata molekul air tersebut membentuk kristal segi enam yang indah.
Percubaan diulang dengan membacakan kata, “Arigato (terima kasih dalam bahasa Jepun)” di depan botol air tadi. Kristal yang terbentuk sangat indah. Lalu dicuba dengan menghadapkan tulisan huruf Jepun, “Arigato”. Kristal membentuk dengan keindahan yang sama. Selanjutnya ditunjukkan kata “setan”, kristal berbentuk buruk. Diputarkan muzik Symphony Mozart, kristal muncul berbentuk bunga. Ketika musik heavy metal diperdengarkan, kristal hancur. Ketika 500 orang memusatkan pesanan “peace” di depan sebotol air, kristal air tadi mengembang bercabang-cabang dengan indahnya. Dan ketika dicuba dibacakan doa Islam, kristal bersegi enam dengan lima cabang daun muncul berkilauan. Subhanallah!
Semasa di suatu seminar yang rata–ratanya dihadiri oleh bukan Islam, Prof. Masaru Emoto menunjukkan beberapa molekul air yang buruk rupanya. Kemudian yang terakhir beliau menunjukkan molekul-molekul air yang begitu indah, berbentuk kristal yang bercabang-cabang dan berkilauan. Beliau kemudiannya bertanya kepada hadirin tentang molekul air tersebut. Hadirin senyap. Dengan yakinnya seorang peserta seminar dari Malaysia bangun dan berkata “Itu molekul air zam-zam, air yang paling mulia”. Prof. Emoto menggangguk “Saya tidak pasti sama ada itu adalah air yang paling mulia atau tidak tetapi memang benar itu adalah molekul air zam-zam”. Dr. Emoto akhirnya mengelilingi dunia melakukan percubaan dengan air di Swiss, Berlin, Perancis, Palestin, dan ia kemudian diundang ke Markas Besar PBB di New York untuk membentangkan hasil penemuannya pada bulan Mac 2005 lalu. Ternyata air boleh ”mendengar” kata-kata, “membaca” tulisan, dan boleh “mengerti” pesanan.
Persidangan Air Sedunia baru-baru ini di salah sebuah Universiti di Malaysia membuktikan segala fakta tentang air. Sewaktu persidangan itu, air dari merata dunia diambil dan diperiksa akan “kehebatannya“. Kamera berfrekuensi tinggi berjarak jauh digunakan untuk melihat akan gambaran yang terjadi kepada air yang sedang di uji itu. Maka air dari Sungai Ganges dan juga termasuk Air Zam-Zam diuji dan dikenal pasti. Sesuatu yang nyata adalah Air Zam-Zam sahajalah air yang begitu kukuh dalam merakam segala perubahan pada kadar gelombang alam semesta ini dan strukturnya begitu kukuh (segi tiga). Keunikan Air Zam-Zam ini juga adalah strukturnya tidak berubah, ia tidak akan terjejas di dalam apa sekali pun tekanan yang sedang diberikan padanya. Ia tetap utuh sehinggakan seorang Professor dari Jepun memeluk agama Islam kerana keunikan Air Zam-Zam yang beliau ketahui hanya ada di Kaabah. Lagi satu kehebatan air Zam-Zam ini adalah ia sahaja didapati boleh merakam dengan tepat gelombang warna alam yang sering bertukar pada waktu-waktu yang tertentu.
Molekul Air zam-zam
Rahsia kehebatan air begitu terserlah apabila rahsia di Kaabah disingkap. Di bawah 4 penjuru (4 segi) bentuk Kaabah ada terkandungrahsia air yang bersifat Alkali. Itulah dia Air Zam-Zam, air yang merakam segala niat jemaah-jemaah yang datang secara gema gelombang, penyerahan yang harus di tekad niatkan dan sebaliknya bukan niat yang negatif umpama menunjuk-nunjuk, angkuh-sombong, riak-takbur dan sebagainya. Betapa ramai yang telah kita dengar akan jemaah yang tersesat dari dapat keluar dari pintu Masjidil Haram, juga yang tersesat balik ke Hotel, juga hilang entah ke mana, hanya menyimpan niat yang negatif, maka terakamlah segala niat kita maka dimakbulkan akan permintaan tadi sebagai suatu ujian getir dan diterbalikkan segala niat kita agar menjadi suatu peringatan supaya insaf dan sedar!
Hanya mereka yang benar-benar ingin mengambil tahu akan rahsia kehebatan air ini yang akan mendapat ganjaran kehebatan dan keunikan air ini. Di Kaabah, apabila niat kita benar-benar ikhlas, memohonkan ampun dan taubat, maka dengan sendirinya, kekuatan air iaitu Air Zam-Zam merakam niat jemaah tadi. Setelah ia melakukan tawaf  7 kali pusingan ke kanan, maka di situlah berlaku resonan (pusingan dengan geseran sesama manusia) maka penyerapan dosa-dosa itu terjadi, Insyaallah iaitu rahsia Kaabah yang memegang rahsia hitam serta Hajar Aswad yang juga hitam. Jemaah itu akan terasa begitu hening, tenang serta lapang jesteru akan terasa sebak lalu menangis teresak-esak kerana dapat merasakan kebesaran Allah SWT semata-mata.
Sebenarnya rahsia Kaabah dan Hajar Aswad ini adalah rahsia pada kejadian manusia di dalam perut. Majalah Medical Journal keluaran tahun 2000 ada menyatakan bahawa saintis mendapati apabila air mani dari lelaki memasuki ruang rahim wanita, berjuta-juta sperma berenang arah kanan ke kiri sebanyak 7 kali pusingan sebelum hanya satu sperma yang berjaya bercantum dengan telur maka persenyawaan pun terjadi maka samalah dengan rahsia pusingan jemaah di Kaabah iaitu apabila penyerahan adalah bersungguh-sungguh, penyerapan dosa akan terjadi, ciuman Hajar Aswad seakan-akan kita baru sahaja dijadikan iaitu bersih dari segala dosa! Maha Suci Allah yang Maha Pencipta, Maha Pengasih, Maha Penyayang pada hamba-hambanya. Apa yang disangkakan alam yang besar di dunia ini rupa-rupanya hanyalah kecil sahaja kerana “alam pada diri manusia” itu jauh lebih besar dan memegang segala rahsia luaran dan dalaman.
Maka benarlah kata-kata Rasullullah SAW marhumnya : “Kenalilah diri kamu rata-rata, barulah kamu kenal Tuhan yang nyata“.
Air adalah sumber penyucian. Ia berupaya merakam gema serta niat, umpama kita mengambil wuduk membaca niat, mandi wajib berniat dan sebagainya. Setiap tempat yang sudah pun Bertekanan Rendah, akan berlaku pelbagai istilah “musibah” yang “berbunyi” umpama taufan, ombak, gempa bumi dan pelbagai lagi untuk menyerap/seimbangkan semula gema/getaran kepada tahap tenaga asal tempat-tempat itu. Tidak lain tidak bukan Allah Maha Pengasih Maha Penyayang menghantar suatu “Isyarat” agar jangan kita “terbuai dan terhanyut jauh” oleh nafsu nafsi dan kembali ke pangkal jalanNya!
Apabila kita renungkan berpuluh-puluh ayat Al-Quran tentang air, kita akan tersentak bahawa Allah rupanya selalu menarik perhatian kita kepada air. Bahawa air tidak sekadar benda mati. Air menyimpan kekuatan, daya ingatan, daya penyembuh, dan sifat-sifat aneh lagi yang menunggu disingkap manusia. Islam adalah agama yang paling melekat dengan air. Solat fardhu wajib air wuduk 5 kali sehari, ketika solat sunat, malah untuk memegang Al-Quran. Persetubuhan, suami isteri wajib mandi wajib. Wanita yang datang haid selepas itu pun wajib mandi. Setelah matipun jenazah wajib dimandikan. Oleh itu kita mestilah menghormati air. Jaga kebersihan dan jaga adab–adab serta jangan membazir. Seorang ilmuwan Jepun telah merintis. Ilmuwan muslim harus melanjutkan kajian kehidupan ini berdasarkan Al-Quran dan hadis.
(Artikel ini di ambil dari http://wanzpyra.wordpress.com/2009/10/05/rahsia-kehebatan-air/)
Apa yang ingin saya kongsikan di sini ialah motivasi pagi di radio IKIM pagi jumaat ini. Adakah anda tahu 60-70% daripada badan manusia terdiri daripada unsur air? Cuba anda bayangkan bentuk molekul air dlm badan anda jika anda membuat sesuatu yang positif atau negatif?
Menurut Ustaz Zamri, jika kita melakukan atau mendengar perkara-perkara yg tidak berfaedah dan negatif molekul air dalam badan kita berubah menjadi sesuatu yang ‘tidak cantik’. Apakan terjadi dengan rohani dan jiwa kita? Jiwa kita juga kacau seperti molekul air itu, rasa tidak tenang.  Jika kita mengalunkan zikrullah, membaca Al-quran, berfikiran positif dan membuat kerja-kerja yang diredhai oleh Allah, insyaAllah rohani dan jiwa kita menjadi tenang seperti molekul air zam-zam yang cantik dan berkilau. Wallahua’lam..
Molekul-molekul yang terbentuk
Apa pandangan anda? Marilah kita berfikir sejenak tentang kebesaran ALLAH ini….
Renung-renungkan dan selamat beramal..

Tuesday, May 10, 2011

Awas Air Zamzam Palsu Lagi- Peniaga campur air biasa kaut untung lebih

Peniaga campur air biasa kaut untung lebih
MAKKAH: Sejumlah besar pendatang haram dan sesetengah warga Arab Saudi menjadikan kerjaya menjual air Zamzam palsu kerana mampu meraih keuntungan lumayan.
Mereka mencampurkan air suci itu dengan air biasa dan menjual campuran terbabit sebagai air Zamzam asli.


Penjual air Zamzam palsu berleluasa di sepanjang lebuh raya, di sekitar jalan keluar dan masuk ke Makkah dan berhampiran masjid suci. Mereka terus menjalankan perniagaan haram tanpa mengendahkan pihak berkuasa yang sentiasa memburu mereka. Arab News membuat tinjauan ke tempat di mana air Zamzam palsu dijual. Kunjungan bermula berhampiran Masjidil Haram di kawasan Al-Ghazzah, di mana ramai orang dari kalangan masyarakat Afrika melakukan kerja haram itu.
Mereka membeli tong kosong baru dalam pelbagai warna, meletakkan kuantiti sedikit air Zamzam di dalamnya dan memenuhkan bakinya dengan air biasa.
Mereka melakukan campuran air di tempat tersembunyi dan kemudian membawa produk palsu berkenaan ke kawasan Al-Ghazzah yang penuh dengan jemaah dan pelawat.
Operasi penjualan berterusan 24 jam sehari, namun mereka akan melarikan diri dan bersembunyi apabila dikesan pasukan keselamatan.
Di kawasan Kudai, yang mempunyai stesen pengepam air Zamzam, sejumlah warga Afrika, Myanmar dan Bangladesh, memenuhkan tong dengan air Zamzam.
Mereka mengosongkan bahagian air dalam bekas lain, memenuhkannya dengan air biasa dan menjual campuran itu kepada jurujual di sekitar Lebuh Raya Jeddah-Makkah.
Mereka melakukan kegiatan haram itu jauh daripada pandangan polis. Sepanjang lebuh raya, terutama berhampiran stesen minyak di sekitar tempat keluar Makkah ada sekumpulan orang menjual air palsu tanpa henti.
Mereka memuatkan bekas air dalam trak kecil yang diletakkan di sana dan kemudian menutupnya dengan kain.
Mereka balik ke rumah pada waktu malam dan kemudian kembali pada hari berikutnya untuk meneruskan kegiatan. Air yang dijual itu yang mungkin terdedah kepada cahaya matahari dan habuk, menjadikan produk palsu itu tidak bersih.
Penjual air Zamzam palsu mungkin mengaut keuntungan lebih SR400 (RM318.91) sehari dan meningkat sehingga SR600 (RM478.36) ketika hujung minggu dan cuti sekolah musim panas. Segelen besar air campuran itu dijual dengan harga SR15 (RM11.96), sederhana pada harga SR10 (RM7.97) dan kecil pada harga SR5 (RM3.98). Mereka membeli air Zamzam di stesen pengepam pada harga SR2 (RM1.59) segelen. - Agensi

Monday, May 9, 2011

Kajian Semula Hukum Penjualan Air Zam-Zam

Kajian Semula Hukum Penjualan Air Zam-Zam

Keputusan: 
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-77 yang bersidang pada 10 - 12 April 2007 telah membincangkan Kajian Semula Hukum Penjualan Air Zam-Zam. Muzakarah telah memutuskan bahawa berdasarkan nas-nas daripada hukum syarak, Islam membenarkan penjualan, perdagangan atau urusniaga air zam-zam. Walaubagaimanapun pihak pemerintah boleh mengenakan sekatan sekiranya terdapat pihak yang mencemarkan kesucian dan kemuliaan air tersebut.
Keputusan (English): 
 
Review On Selling Of Zam Zam Water

Decision:

The 77th Muzakarah (conference) of the Fatwa Committee National Council of Islamic Religious Affairs Malaysia held on 10th-12th April 2007 has discussed a review on rulings on selling of zam-zam water. Based on textual evidences, the Committee has decided that Islam permits the selling, trading and business of zam-zam water. However, the authority has to prevent any party trying to compromise the purity and sanctity of the zam-zam water.

Sunday, May 8, 2011

Arab Saudi nafi laporan air zamzam tercemar

JEDDAH: Arab Saudi menafikan laporan stesen penyiaran BBC mendakwa telaga zamzam di Makkah tercemar dan peminumnya boleh mendapat kanser.
Presiden Pusat Kajian Geologi Arab Saudi, Zuhair Nawab, berkata semua langkah perlu diambil bagi memastikan telaga dan air zamzam itu sentiasa selamat.

“Agensi ini bertanggungjawab memantau kualiti air yang penting bukan saja kepada Arab Saudi, malah kepada umat Islam sedunia.
“Pemantauan dilakukan setiap hari dengan mengambil tiga sampel untuk diuji dan setakat ini tiada pencemaran dikesan,” katanya, semalam.

Sebelum ini, BBC mendakwa ujian terhadap contoh dari pili zamzam di Makkah serta air yang dijual dalam botol menunjukkan kandungan nitrat tinggi, bakteria berbahaya dan kandungan arsenik tiga kali lebih tinggi berbanding yang dibenarkan.

Kata Zuhair, proses membotolkan air zamzam dibuat secara moden.

“Bahan cemar mungkin ditemui ketika ia diedar semula dalam botol lebih kecil oleh individu tertentu,” katanya. - AN

Wednesday, May 4, 2011

Air ZAM - ZAM Dan Sejarahnya



Telaga Zamzam (atau Zamzam Well, atau Zamzam; B. Arab: زمزم) ialah telaga biasa yang terletak di dalam Masjidil Haram di Makkah, hampir dengan Kaabah, tempat paling suci dalam Islam.

Telaga zam-zam merupakan satu-satunya sumber air bersih dari bawah tanah di Mekah satu ketika dahulu. Umat Islam sangat mengambil berat tentang air zamzam ini untuk air wuduk dan perubatan.

Sejarah


Umat Islam percaya telaga zam-zam dibina oleh Siti Hajar isteri kedua Nabi Ibrahim a.s dan ibu kepada anak Nabi Ibrahim iaitu Nabi Ismail.Siti Hajar dan anak kecilnya Nabi Ismail kehausan di kawasan gurun kering kontang . Lantaran itu Siti Hajar berlari anak 7 kali antara Safa dan Marwa untuk mendapatkan air untuk anak kecilnya itu.Allah menghantar malaikai Jibrail untuk mengeluarkan air suci dari tengah-tengah padang pasir itu. Lokasinya ialah tempat Nabi Ismail menghentak-hentak kaki dan menangis. Siti Hajar mengepong kawasan mata air itu dengan batu-batu dan memanggil zamzam yang bermaksud 'kepung air'. Ketika itu Mekah belum ada penduduk.

Datuk Nabi Muhamad s.a.w bernama Abdul Muttalib telah menjaga, mengurus dan menjaga keselamatan satu-satunya sumber air di kota Mekah zaman pra Islam.

Perkataan "zamzam" dipercayai berasal daripada ungkapan "zomk-zomk" bermakna "berhenti mengalir" - yang diluahkan oleh Siti Hajar dalam percubaannya menakung air yang berhamburan keluar.

Menurut hadis, Abu Tharr Al-Ghifari, sahabat Nabi Muhammad S.A.W, berkata semasa beliau mula-mula tiba di Mekah pada zaman permulaan Islam, beliau hidup dengan meminum air zamzam selama sebulan.

Maklumat fizikal


Telaga zamzam dalamnya 30 meter sahaja dan kedalaman air hanya 3.32 meter. Dapat bayangkan. Ada beberapa punca mata air di bawah 13 meter.

Ujian mengeluarkan air pada kelajuan 8000 liter/second selama tempoh 24 jam menunjukkan paras air surut dari para 3.23 meter kepada 12.72 meter dan kemudian 13.39 meter selepas itu. Paras air kembali normal ke paras 3.9 meter selepas 11 minit.

Air zamzam kini

Semasa ibadah umrah dan haji, para jemaah telah meniru larian Siti Hajar dari Safa ke Marwa sebanyak 7 kali yang dikenali ebagai ibadah Sae'i. Air zamzam dapat mengubat penyakit mental. Jenazah yang meninggal dunia dimandikan dengan air zamzam.

Jabatan Geologi Arab Saudi telah membuat kajian tentang cara pengurusan air zamzam dan menambah jumlah air bagi menampung keperluan jemaah semasa menunaikan haji, membawa balik untuk saudara-mara dan pelbagai tujuan lain.

Kajian menunjukkan air zamzam mengandungi pelbagai mineral seperti kalsium, magnesium dan fluorida.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...