Wednesday, October 14, 2009

Kelebihan Air Zam-Zam

Diriwayat oleh Jabir, Ibnu Abbas, Ibnu Umar dan Muawiyah, Rasulullah pernah bersabda Air Zam-Zam itu diminum mengikut apa yang diniatkan dan dikehendaki. Diriwayatkan juga Rasulullah gemar meminum air Zam-Zam dan tangan baginda yang mulia dan penuh barakah pernah dicelupkan ke dalam perigi Zam-Zam. Al-Munawa (ahli ilmuan) berkata air Zam-Zam adalah penghulu segala air, air yang paling mulia, berharga dan disukai.

Air Zam-Zam mempunyai banyak kelebihan dan keistimewaan berbanding air lain. Perkara ini diperakui oleh bayak kajian saintifik, termasuk sarjana barat. Air Zam-Zam mempunyai banyak khasiat dan kelebihan seperti sabda Nabi Muhammad SAW bermaksud Sebaik-baik air dipermukaan bumi adalah air Zam-Zam. Padanya ada makanan yang menyegarkan dan penawar bagi segala penyakit.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...